in

“Abang memang terbaik” – [VIDEO] Rider Sanggup Basah Untuk Cover Makanan Daripada Semburan Nyah Kuman

Combine Grab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Barisan frontliner seperti petugas kesihatan, polis, askar dan lain-lain lagi patut diberi penghargaan di saat dunia menghadapi detik getir untuk melawan wabak Covid-19 ini.


Rider makanan juga tidak turut ketinggalan kerana mereka juga merupakan antara golongan yang cukup terdedah dan berpotensi untuk mendapat jangkitan virus ini.

Viral video di Indonesia menerusi akaun Instagram @ussfeeds yang cukup menyentuh hati netizen dimana seorang rider makanan sanggup membiarkan dirinya basah sebab nak cover makanan yang dihantarnya daripada semburan nyah kuman daripada pihak polis, lapor Tribunnews.

Difahamkan rider tersebut sempat cover dua kotak pizza yang nak dihantarnya kepada pelanggan daripada terkena semburan nyah kuman.

Grab

Pada awalnya, rider tersebut bimbang sekiranya pelanggannya akan cancel order sebab makanan yang mereka order basah namun masih tetap diterima oleh mereka.

Grab1

Pengorbanan rider mungkin kita tak nampak sangat tapi sebenarnya besar pengorbanan mereka yang sanggup menghantar makanan kepada pelanggan-pelanggan di saat pandemik akibat wabak Covid-19 ini.

Baca : “Makanan dia bawak tu berkat” – [VIDEO] Surau Ditutup Sepanjang PKP, Rider FoodPanda Solat Di Tepi Jalan

Food

 

 

 

 

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.