in

“Kesiannya tak cukup duit beli carseat” – Niat Nak Tunjuk Sweet, Tapi Instafemes Kena Kecam Lepas Bayi Tak Pakai Carseat

Baby Kick

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi perkara kebiasaan bagi golongan instafamous untuk ‘tayang’ segala aktiviti harian yang mereka lakukan di media sosial termasuklah adegan sweet suami isteri yang menarik perhatian ramai.


Namun instafamous Hafiz Mahamad ni nampaknya tersalah langkah apabila, niatnya untuk tunjuk sweet pada isteri, Syafiqah Aina telah dikecam netizen di Twitter.

 

“Dulu mummy selalu mengadu sakit pinggang bila baby kick, selalu rasa penat & nak tidur je” 

Menerusi posting Hafiz Mahamad di Twitter, dia berkongsi rasa terharu melihat isterinya mendukung bayi mereka yang baru lahir sehingga tertidur di kereta.

Katanya, dulu Syafiqah asyik mengadu sakit pinggang kerana bayi mereka kuat menendang, namun sekarang kedua-duanya sudah ada di depan mata.

 

“MasyaAllah. Kesiannya. Tak cukup duit nak beli carseat” 

Namun posting tersebut bukannya mendapat pujian malah mengundang komen negatif pula kerana bayi yang didukung Syafiqah tidak diletakkan di dalam carseat.

Lebih menakutkan, Hafiz pula didakwa netizen merakam adegan isteri dan anaknya itu ketika dia sedang memandu. Uish ye ke? 

Terlambat
sumber: twitter

 

“Macam mana rekod sambil drive?” 

Sungguhpun Hafiz tidak membalas komen-komen kecaman netizen terhadap tindakannya tidak meletakkan anak di dalam carseat, dia menjawab soalan netizen tentang melakukan rakaman ketika sedang drive.

Menurutnya, dia duduk di seat belakang dan tidak memandu ketika sedang merakam situasi isteri dan anaknya. Oh kalau macam tu okaylah tapi bro bab carseat tu penting tau!

Jawab
sumber: instagram

Apa-apapun utamakan keselamatan semasa memandu ye gais. Kerajaan pun dah tetapkan undang-undang untuk mewajibkan bayi dan kanak-kanak duduk dalam carseat tau. 

Baca: “Tolong jangan cakap ikut sedap mulut” – Wanita Ini Kecewa Dilabel ‘Anti Car Sea’ Sebab Tak Setuju Peraturan Wajib Pakai 1 Januari 2020

Anti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.