in

“Tolong jangan cakap ikut sedap mulut”- Wanita Ini Kecewa Dilabel ‘Anti Car Seat’ Sebab Tak Setuju Peraturan Wajib Pakai 1 Januari 2020

Featured 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Statistik tahun 2007 hingga 2017 mencatatkan 1,559 kematian membabitkan kanak-kanak bawah umur 10 tahun akibat kemalangan.


Susulan itu kerajaan mengumumkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (car seat) di dalam kenderaan diwajibkan mulai 1 Januari 2020.

Nah! Disebabkan itu timbul pelbagai reaksi berkenaan isu tersebut, ada yang setuju ada pula yang tak puas hati, tiba-tiba je kerajaan mewajibkan penggunaan car seat.

Macam yang dikongsikan wanita ini di facebook yang kecewa dengan pengumuman tersebut, tapi wanita ni siap bagi contoh dan penjelasan kenapa dia rasa tak berapa setuju dengan perkara itu.

 

“Saya kena kecam katanya saya tak sayang ank sebab tu anti “car seat”, bercakap pakai air liur tak kena bayar sebab tu ramai yg senang ja bercakap…”

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2758091844241676&set=a.562126910504858&type=3&theater

Status wanita ini yang dimuatnaik pada 11 November lalu sehingga kini mendapat lebih 3,900 shares di facebook.

Korang baca sendiri dan hadamkan apa yang wanita ini luahkan okey.

 

Terkesan sebab perlaksaan wajib pakai car seat tu pada 1 Januari 2020, padahal tarikh tu parents sibuk nak buat preparation anak sekolah

Saya kena kecam katanya saya tak sayang ank sebab tu anti “car seat”…bercakap pakai air liur tak kena bayar sebab tu ramai yg senang ja bercakap…dia anak sorang so dia kata “nak seribu daya tak nak seribu dalih”

Saya bukan anti car seat… Anak sy yang baby pon saya letakkan dlm car seat ya?.. Cuma saya terkesan dekat sini bila peraturan car seat ni diwajib kan pada 1 januari 2020..faham x 1 januari tu apa???

Time tu la ibu bapa berikat perut nak sediakan pakaian baru kasut baru beg skolah baru untuk ank2 sekolah.. Yuran sekolah lagi…

Anak sorang boleh la cakap.. Ala bnyak mana sangat… Habis kalau dah 3 4 5 orang ank yg sekolah mcm mana??

 

Kalau sorang boleh la lagi, macam mana kalau anak ada 3, 4, 5? Kalau pakai kereta kecil, kat mana nak letak car seat? 

Baby Seat3
Sumber: blog

Car seat murah?? Dah x payah post beli kat sini murah sana murah.. Murah la kalau ank sorang… Kalau ikutkan piawaian yg sesuai paling murah car seat yg diluluskan rm250-rm300x3 orang dh brapa? Tu belom ambik kira had umur yg ditetapkan lagi.. Akak ni nasib la tinggi 150 kalau rendah sikit rasanya dengan akak2 kena pakai car seat…(cuba korang bayangkan akak dalam car seat?)
So.. Tolong masuk group car seat ya…itu baru untuk sorang ank.. Kalau dah ramai anak mcm mna nak sediakan benda2 tu dalam 1 masa???

Ni masuk bab kereta pulak… Anak 3-4-5 orang ni mcm mna?? Kalau dh pakai kereta kecil.. Nak letak mana car seat tu?atas bumbung kereta kah? Nak balik kampung bapak bawa anak2 naik kereta.. Mak kena naik bas dengan anak yang lain sebab x muat lepas letak car seat…(dalam bas pon wajib ada car seat sbb bnyak juga kemalangan melibatkan bas) Tu tiket bas sapa nak belikan??

Kena keluarkan kos lagi… Penyelesaian nya kena beli kereta besar la ye.. Mcm org tu komen smlm boleh upgrade van second.. Waahh hebatnya kamu yakinnya kamu… Kalau bulan2 awak yang bayar kan.. Aishhh x da hal la.. Hari ni kita deal van baru k?..siap ada yg komen nak keluar tinggal anak yg besar2 kat rumah… Aihhh klau dah smua kecik2 mcm mana? Hahaha… Kalau tinggalkan ank kat rumah dijamin diorg selamat x de pape berlaku senang la kan.. Ke ko nak tolong ngasuh ank akak??

 

Tolong jangan cakap ikut sedap mulut seolah-olah kitorang ni parents yang tak sayang nyawa anak.

Tahun depan balik kampung nak g mana2 mak abah adik tak boleh tumpang dah.. Sbb kereta penuh car seat..jadi orang kedekut la kita tahun depan ye…hehe

Tolonglah Jangan bercakap ikut sedap mulut seolah2 kami ni mak bapak yg tak sayang nyawa anak…cuma pertimbangkan lah keadaan rakyat yg x berkemampuan ni… Pandang dari sudut lain sama…
Ni kalau ada yg kecam lagi lantak ko lah ye.. Aku luahkan apa yg aku rasa..

“buat yg nk beli preloved.. car seat pon ada tarikh luput, sila cek” …

Img20180906 130258 Preloved Car Seat Coco Latte Cs28 1
Sumber: blog

Ada betulnya jugak yang dikongsikan wanita ini kan? Macam netizen pulak, ada yang setuju dengan kenyataan wanita tersebut, ada juga yang membangkang.

Masing-masing ada pendapat dan pengalaman tersendiri.

 

“Nk tmbah ank pon memikior dgn undang2 bru ni.. Pkai keta kcik ja.. Muat ka klu myvi nk letak 3 carseat!! Abis maknya kena letak ats bumbung la kot klu dlm keta penuh dgn carseat”

1 7

2 6
Sumber: facebook

 

Tepuk dada tanya selera.

Baca : Jika saya riba anak waktu tu, mungkin dia sudah meninggal- Ibu Dalam Pantang Kongsi Kisah Kemalangan Tragis, Nasib Ada Car Seat

Car

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.