in

“Kesian lihat dia penat bekerja” – Dafi Kagum & Bangga Dengan Pelantikan Bapa Sebagai TPM

Collage 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melantik Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri ke-13 Malaysia berkuat kuasa serta merta semalam.


Seperti yang semua orang tahu, Dafi merupakan anak kepada Ismail Sabri dan apabila dihubungi Harian Metro, penyanyi dan pelakon ini memberitahu yang dia dan keluarganya gembira dan bangga dengan pelantikan ini.

Saya tumpang gembira dengan pelantikan ini. Sebagai anak saya sangat berbangga dengan setiap kejayaan yang beliau terima selama berkecimpung dalam bidang politik.

“Saya akan sentiasa memberikan sokongan penuh kepadanya. Kita semua tahu yang dunia politik ini adalah minat utamanya.”

Menurut Dafi, selepas melihat sendiri kerja keras bapanya selama ini, dia mengharapkan agar bapanya dapat menggalas jawatan ini dengan sebaiknya.

Tambahnya, walaupun ramai yang tak menghargai usaha keras bapanya selama ini tapi dia lihat sendiri bapanya bekerja tanpa erti penat.

Saya tahu dia suka dengan kerjanya, tapi saya juga kasihan melihat keadaan dirinya yang penat bekerja.

“Tambahan pula tidak semua orang betul-betul menghargai apa yang dia lakukan. Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini kerana faham keadaan sekarang orang ramai yang tertekan serta ada sesetengah yang tidak sependapat dengannya.

“Namun, perkara ini sudah menjadi asam garam dan sebahagian daripada kerjayanya.”

Selain itu, Dafi menceritakan bapanya sering bertanya jika dia ada menerima mesej peribadi atau terbaca keluhan dan masalah orang ramai.

Dia seboleh mungkin cuba nak tahu apa lagi keluhan yang dihadapi dan mahu cuba membantu dengan sebaik mungkin.”

 

Baca: [TERKINI] Datuk Seri Ismail Sabri Dilantik Sebagai Timbalan Perdana Menteri

Tpm2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.