Tidak dapat dinafikan, netizen di Malaysia boleh jadi sedikit menggerunkan apabila adanya isu-isu yang tidak dipersetujui oleh mereka.
Terbaru, seorang pemuzik Amerika Syarikat yang kini menetap di Portugal, menjadi sasaran netizen Malaysia, atau dengan lebih tepat lagi calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Artikel berkaitan: “SPM ni kosong mat” – ‘Influencer’ Kata Sekolah Tiada ‘Value’ Tarik Perhatian Netizen
Artikel berkaitan: Anak Didakwa Kantoi Mer*kok, Bapa Serang Guru Di Sekolah
Pemuzik tersebut yang dikenali sebagai Kyle Green terkejut apabila ruangan komen Instagram miliknya dipenuhi dengan kecaman yang sangat hebat.
Rupa-rupanya, nama penyanyi itu ada digunakan dalam Ujian Pendengaran Bahasa Inggeris SPM dan sebilangan besar calon peperiksaan itu tidak dapat melakukan ujian tersebut dengan baik.
Selepas peperiksaan itu, terdapat beberapa calon yang tidak berpuas hati lalu menyasarkan Kyle Green di Instagram untuk menyatakan kekecewaan mereka.
kyle green did not just post an explanation vid AHHAHAHAHA YALL ARE CRAZY#SPM2023 pic.twitter.com/H31m5HqS0M
— Raven (@r4vnnnn_) January 29, 2024
Walaupun watak fiksyen itu tidak mempunyai kaitan dengan pemuzik tersebut, ramai calon SPM yang menyerang akaun Instagramnya dengan komen dan mesej, malah ada juga yang mengganggunya melalui WhatsApp.
Perkara itu membuatkan pemuzik tersebut terpaksa mengeluarkan video kenyataan serta permohonan maaf meskipun dia sama sekali tiada kena-mengena dengan isu tersebut.
Aduhai buat malu je!
Sumber: X