in

Kesian! 13,000 Pekerja MAS Diminta Cuti Tanpa Gaji Sebab Covid-19

Feature 3 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes coronavirus ini bukan sahaja berbahaya kepada kesihatan, tapi wabak ini juga menjejaskan perniagaan dan kehidupan sosial semua masyarakat. Sekarang ni, nak keluar hujung minggu pun takut.  


Pagi tadi, syarikat penerbangan Malaysia Airlines telah pun mengumumkan bahawa 13,000 pekerja syarikat tersebut perlu mengambil cuti tanpa gaji disebabkan banyak penerbangan yang terpaksa dibatalkan, lapor Sinar Harian. Kesian weh.

Mas

Pekerja MAS diminta untuk mengambil cuti tanpa gaji lima hari setiap bulan ataupun tiga bulan cuti tanpa gaji. Cuti ini akan bermula April nanti dan dijangka berlanjutan selama lebih kurang tiga bulan.

Lama tu weh!

Tawaran ini terbuka kepada semua pekerja syarikat terbabit.

Bukan dekat Malaysia je, syarikat penerbangan luar negara seperti Singapore Airlines, Emirates dan Cathay Pacific juga terpaksa menghadapi masalah yang sama.

Pengumuman itu mendapat pelbagai reaksi pelbagai pihak. Ada yang bersetuju dan ada juga yang menghentam idea terbabit.

Mas 1 1

Mas 2

Admin doakan semoga semuanya baik-baik sahaja. 

 

Baca: COVID-19: KWSP Jalan Raja Laut Ditutup Sementara Lepas Dapat Tahu Salah Seorang Pelawat Positif Coronavirus 

Kwsp

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.