in

Kes Zayn: Polis Maklumkan Ada Percanggahan Keterangan Ibu, Bapa Dan Saksi

2Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Polis Selangor memaklumkan tempoh tahanan reman kepada ibu dan bapa kanak-kanak autisme, Zyan Rayyan Abdul Mattin dilanjutkan selama enam hari bagi membantu siasatan.

 

Screenshot 2024 06 08 At 1.22.17 Pm

Memetik laporan Harian Metro, Datuk Hussien Omar Khan berkata siasatan polis telah mendapati terdapat percanggahan keterangan yang diberikan oleh ibu, bapa dan saksi-saksi lain membabitkan kes pembunuhan adik Zayn.


Ada perkara yang kita perlu semak dan ada perkara yang tidak seiring dengan siasatan, jadi kita sambung reman (selama) enam hari untuk lengkapkan kertas siasatan”

Dalam kenyataan itu, Hussien walau bagaimanpun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai percanggahan itu. Mengulas mengenai status siasatan, Ketua Polis Selangor itu juga memaklumkan masih terlalu awal bagi pihak polis untuk memberi jawapan tuntas dan meminta ruang untuk mereka melengkapkan siasatan.

Tambah beliau lagi, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya sejurus semua aspek siasatan lengkap dan segala percanggahan keterangan selesai disemak

Screenshot 2024 06 08 At 1.21.43 Pm

Menurutnya, setakat ini tiga individu iaitu bekas pengasuh dan dua ahli keluarga pengasuh berkenaan sudah dipanggil untuk dirakam keterangan.

Pihak polis juga memberi ruang kepada peguam kedua-dua suspek untuk bertemu mereka namun atas budi bicara polis ketika ini.

 

Baca: Tahanan Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Mungkin Disambung Lagi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.