in

Kes Treler Gilis Murid 9 Tahun : Saksi Kongsi Rakaman ‘Dashcam’ Kejadian

Murid Maut Digilis Kejadian Sebenar

Semalam, seorang murid perempuan berusia sembilan tahun maut digilis treler ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang.

Polis mengesahkan kemalangan maut itu berlaku apabila motosikal yang diboncengnya terbabas selepas melalui bahu jalan berpasir, lapor Kosmo!

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, ketika kejadian, pemandu treler dalam perjalanan dari Klang ke Teluk Gong.

Katanya, apabila tiba di persimpangan jalan, sebuah motosikal yang ditunggangi oleh seorang wanita bersama dua murid sekolah telah keluar dari simpang menghala ke arah Teluk Gong.

337289540 454948640129394 2560583600754240638 N

“Penunggang motosikal tidak dapat mengawal motosikal kerana bahu jalan berpasir menyebabkan motosikal dan penunggang serta pembonceng telah terjatuh di atas jalan raya,” katanya.

Pada masa yang sama, sebuah treler yang dalam perjalanan ke Telok Gong tidak sempat mengelak sebelum menggilis mangsa ditayar belakang treler dan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Difahamkan, ketiga-tiga mangsa tidak memakai topi keledar dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disebabkan itu orang awam bertindak melulu dengan membelasah pemandu treler terbabit di lokasi kejadian sehingga cedera di bahagian muka.

Saksi kongsi rakaman dashcam kejadian

Di media sosial, netizen berkongsi video dashcam dari kenderaan saksi yang menunjukkan treler tersebut bukanlah punca kejadian seperti didakwa.

Screenshot 2023 03 23 104225

Isteri kepada pemandu terbabit meluahkan rasa bengang kepada orang awam yang membelasah suaminya menerusi hantaran video di TikTok. Malah, dompet dan dashcam turut dicuri serta cermin lori dipecahkan oleh orang awam.

Rata-rata netizen menyelar tindakan orang awam yang memukul pemandu treler terbabit, sedangkan mereka tidak mengetahui punca sebenar kejadian.

Dalam pada itu, keluarga mangsa memaklumkan sudah selesai menguruskan pengebumian mangsa selepas solat Isyak semalam.

Baca: Murid Berusia 9 Tahun Maut Digilis Treler Ketika Pulang Dari Sekolah

Ft Murid Digilis Treler

Sumber: Facebook
Sumber: Twitter