in

Kes Simbah Asid: Wanita Warga Emas Teresak-esak Menangis Ketika Dibawa Ke Mahkamah

Warga Emas Menangis Simbah Asid

Minggu lepas, tular sebuah kes melibatkan sepasang suami isteri dilaporkan melecur akibat terkena curahan asid daripada individu tak dikenali ketika memasuki lif di Pangsapuri Laksamana Jaya, Selayang.

Susulan tularnya rakaman CCTV kejadian itu, seorang wanita warga emas yang dipercayai menjadi dalang dalam kejadian itu telah ditahan beberapa hari selepas itu.

71688633816 Suamiisteri

Suspek menangis teresak-esak ketika dibawa ke mahkamah 

Pun begitu, hari ini, seorang wanita warga emas yang merupakan suspek bagi kes tersebut dilihat menangis teresak-esak ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di Selayang, berhubung kes menyimbah asid kepada sepasang suami isteri, minggu lepas.

Suspek yang tiba pada jam 9 pagi dilihat memakai jubah biru sambil diiringi anggota polis untuk dibawa ke mahkamah, lapor Sinar Harian.

Pada Khamis lepas, Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Arfin Mohamad Nasir berkata, suspek yang berusia lingkungan 60-an itu akan didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.

Terdahulu, sepasang suami isteri yang juga pengusaha kedai roti naan berdepan detik cemas apabila disimbah asid ketika memasuki lif di sebuah pangsapuri.

Mangsa yang merupakan seorang wanita tempatan berusia 60 tahun dengan suaminya warganegara Pakistan telah menerima rawatan di Hospital Selayang.

Baca: Busuk Hati Kedai Makan Laris, Suami Isteri Didakwa Cedera Disimbah Asid

Asid Roti Naan

Sumber: Astro AWANI