in

Kes Remaja Maut Terkena Renjatan Elektrik: Operasi Bas Ekspres Terbabit Digantung Serta-merta

Bas Ekspres

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kita dikejutkan dengan berita insiden seorang remaja lelaki 18 tahun yang maut ketika mengecas telefon bimbitnya pada soket dalam bas ekspres yang ketika itu dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.

1 1

Susulan kejadian itu, Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke telah mengarahkan APAD atau Agensi Pengangkutan Awam Darat untuk menggantung operasi bas ekspres yang terbabit dalam kejadian renjatan elektrik itu.


Ini untuk memberi laluan kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan atau JPJ untuk membuat siasatan lanjut mengenai insiden tersebut.

12

Artikel Berkaitan: Seorang Remaja Maut Akibat Terkena Renjatan Elektrik Ketika Cas Telefon Di Soket Dalam Bas

Artikel Berkaitan: Anak Maut Akibat Renjatan Elektrik Di Asrama, Bapa Tuntut RM3 Juta Dari Universiti

Memetik laporan Berita Harian, selain itu, pasukan petugas khas atau Special Taskforce juga akan ditubuhkan oleh pihak Kementerian Pengangkutan untuk menyiasat tentang punca kejadian.

Pasukan Special Taskforce itu terdiri daripada pihak APAD, JPJ dan Miros atau Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya.

Anthony Loke turut mengucapkan salam takziah buat keluarga mangsa menerusi perkongsian Facebook rasmi beliau.

Sumber: Berita Harian, Facebook Anthony Loke 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.