Pemergian Nur Aini Umairah, 8, pada tengah hari semalam merupakan kehilangan besar buat bapa, Ahmad Fareez Khalid.
Arwah Nur Aini Umairah adalah murid Tahun Dua yang maut dilanggar sebuah van di hadapan pintu pagar utama Sekolah Kebangsaan Seri Maimon, Parit Sulong, ketika sedang menunggu dijemput ibunya pulang.
Ahmad Fareez menyatakan dia sudah menerima ketentuan Ilahi atas kejadian itu sekali pun kehilangan salah seorang anaknya.
“Sesuatu yang berlaku sudah tentu ada ketetapan, jadi kalau kita hendak menyalahkan seseorang pun tak boleh juga, siapa nak bunuh orang?
“Untuk pakcik melanggar anak saya, saya sudah memaafkannya. Saya reda kerana setiap yang hidup ini sudah ada ketetapan dari Ilahi,” katanya.

Artikel berkaitan: “Saya maafkan” – Bapa Reda Anak Dir*mpuh Guru, Serah Kepada Polis Jalankan Siasatan
Artikel berkaitan: “Tolong berhenti minum & memandu” – Lagi Kes Pemandu Mabuk, Suami Isteri M*ut Kemalangan
Bapa mohon jangan salahkan pemandu
Dalam pada itu, Ahmad Fareez meminta orang ramai agar tidak menyalahkan pemandu van terbabit kerana kejadian itu berlaku di luar jangkaan.
“Permintaan saya ialah janganlah marah pada pakcik itu. Kalau kami sebagai ibu bapa sudah reda, takkan nak marah dia lagi… kasihanilah pakcik itu,” katanya.
Katanya lagi, sebagai ibu bapa pastinya akan berasa sedih dengan kehilangan anak sekelip mata.
“Tapi apabila sampai satu tahap ini (kehilangan), ibu bapa pasti sedih. Kami ‘lepaskan’ Nur Aini Umairah dengan tenang, mudah-mudahan Allah SWT merahmatinya,” titipnya.
Dalam perkembangan lain, pemandu van lelaki berusia 60 tahun itu kini ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, media melaporkan kejadian berlaku ketika pemandu van bergerak keluar dari dalam kawasan sekolah setelah selesai menghantar barang.
Semasa bergerak keluar melalui pintu pagar utama, van terbabit melanggar mangsa yang sedang berjalan di hadapan pintu terbabit.
Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami cedera parah di kepala dan organ dalaman disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Sumber: Berita Harian, Harian Metro
