in

Kes Covid-19 Meningkat Sehingga 57%, Netizen Nasihat Orang Ramai Untuk ‘Start’ Pakai Mask

Covid Kes Meningkat 57

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak peraturan pemakaian mask tidak diwajibkan lagi di tempat awam, kebanyakan kita merasakan dunia sudah mula kembali normal dan kes jangkitan Covid-19 juga makin menurun dengan jayanya.

Pun begitu, beberapa hari ini, dilaporkan kes Covid-19 kembali mencanak naik dengan peningkatan sebanyak 57.3%. Uish banyak juga kenaikan tu!


Artikel berkaitan: Dijangka Lebih Teruk Dari Covid-19, Ini Yang Korang Perlu Tahu Tentang Penyakit X

Artikel berkaitan: Varian Baharu Covid-19 Ditemui Di Britain, Punyai Bilangan Mutasi Yang Tinggi

Setiap minggu lepasi 1,000 kes, 8 kluster aktif 

Menurut kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam di X, sebanyak 3,626 kes dilaporkan dari 19 November hingga 25 November 2023 berbanding 2,305 kes pada 12 November hingga 18 November lepas.

Majoriti kes pula adalah terdiri daripada mereka yang berusia 20 hingga 40 tahun dan lebih 98% adalah hanya bergejala ringan. Kes mingguan Covid-19 juga menurutnya telah melepasi angka 1,000 kes pada setiap minggu.

Dalam pada itu juga, terdapat 8 kluster Covid-19 yang masih aktif dengan sejumlah 121 kes dilaporkan terlibat dalam kluster tersebut. Majoriti kluster ini dilaporkan adalah dari kluster pendidikan.

Korang boleh baca lanjut di bawah.

Apapun, KKM dalam masa yang sama menasihati orang ramai untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti:

  • Mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, kerap membasuh tangan dengan gunakan air dan sabun sanitasi.
  • Mereka yang bergejala dinasihatkan untuk berehat di rumah dan tak pergi ke tempat tumpuan ramai.
  • Kumpulan berisiko seperti warga emas, individu berpenyakit kronik, ibu hamil dan sebagainya digalakkan pakai pelitup muka.
  • Mengamalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform dan Seek).
  • Berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut sekiranya gejala bertambah buruk dan dapatkan rawatan antiviral Paxlovid di Klinik Kesihatan bagi individu positif Covid-19 dan berisiko tinggi bagi kurangkan komplikasi jangkitan yang serius.
  • Mendapatkan dos primer vaksin dan dos penggalak vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan bagi kurangkan risiko penularan.

“Inilah masanya, kita patut pakai mask kita semula” 

Perkongsian mengenai situasi terkini Covid-19 berkenaan telah mendapat pelbagai respon netizen yang mana rata-rata menasihatkan agar orang ramai agar mula memakai pelitup muka walau di mana mereka berada untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Yang paling penting, sebaiknya korang pakailah mask di tempat awam yang padat dengan orang ramai, tambahan pula sekarang musim orang bercuti akhir tahun.

Pakai Mask Gais

Stay safe semua! 

Sumber: X

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.