in

Kes Bunuh Jalan Bangsar: Mayat Ditemui Ada Kesan Tetak, Dijumpai Terbaring Tak Sedar Diri Atas Jalan

update kes bunuh bangsar

Susulan Jalan Bangsar ditutup awal pagi tadi bagi pihak polis menyiasat kes bunuh yang dikatakan berlaku di kawasan tersebut, pihak polis memberitahu bahawa mereka menemui beberapa kesan tetak pada mayat yang dijumpai terbaring di tengah jalan raya tersebut. 

Menurut Berita Harian, polis pada awalnya telah menerima laporan kejadian terbabit daripada orang awam sekitar jam 5.38 pagi, sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi.

bj

Polis kemudian menjumpai mangsa dalam keadaan cedera parah serta tidak sedarkan diri terbaring di atas jalan raya tersebut. Walau bagaimanapun, mangsa selepas itu disahkan meninggal dunia oleh petugas ambulans Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi, berkata siasatan awal polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa, namun mangsa dianggarkan berusia dalam lingkungan 30-an.

125309490 1748634168647619 3551118916462223897 n

Siasatan lanjut oleh pihak forensik di tempat kejadian menemui kesan kecederaan di beberapa bahagian anggota badan mangsa dipercayai akibat senjata tajam.

“Mayat mangsa dihantar ke PPUM untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai bunuh. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pihak polis kini masih menjalankan siasatan mengenai motif pembunuhan serta mengesan waris dan latar belakang mangsa.

Bagi mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau mangsa serta ada kehilangan ahli keluarga bolehlah menghubungi pihak polis di talian 03-22979222 untuk membantu siasatan.

Laluan Jalan Bangsar telah dibuka kepada lalu lintas pada jam 8.25 pagi sebaik siasatan polis di tempat kejadian selesai.

Hmm masih lagi misteri… Apa-apapun harap pihak polis dapat merungkai kes ini dengan baik.

Baca: “Berpuluh kereta polis datang” – Netizen Kecoh Jalan Bangsar Ditutup, Polis Didakwa Sedang Siasat Kes Bunuh

Kes bunuh bangsar

Sumber: Facebook