Hujung minggu lalu, media sosial khususnya aplikasi X kecoh dengan insiden di mana perlawanan bola sepak amatur bertukar ngeri apabila terdapat pergaduhan di antara pasukan sehingga ada pemain yang membawa masuk senjata tajam.
Dalam beberapa gambar tular, individu itu dilihat membawa kerambit ketika sedang bergaduh dengan pasukan lawan dan difahamkan insiden itu berlaku di KLFA Football Centre.
Artikel berkaitan: “Menang dapat RM 2 juta ke?” – Tular Gambar Pergaduhan Di Padang Bola, Siap Bawa Kerambit!
Artikel berkaitan: Semangat Juang Tinggi, Pemain Bola Sepak Bawah Umur Raih Pujian Netizen
Terbaru, lelaki yang membawa senjata itu telah ditahan polis, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, lelaki berusia 22 tahun itu ditahan bersama teman wanitanya berusia 21 tahun.
Menerusi laporan Harian Metro, difahamkan penahanan dibuat sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di sebuah rumah di Klang, Selangor, pada jam 6.30 petang.
“Hasil siasatan, suspek mengaku mengeluarkan senjata tajam iaitu kerambit bagi mempertahankan diri dalam kejadian itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya.
Menurutnya lagi, suspek lelaki direman empat hari bermula hari ini sehingga 12 Ogos ini, manakala teman wanitanya pula ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigeresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan sah.
Sumber: Harian Metro