in

Kes Adik Zayn : Polis Temui Petunjuk, Seorang Individu Kini Jadi ‘Target’

Ft Zayn Polis Jumpa Petunjuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak polis kini telah menemui petunjuk susulan dengan kematian kanak-kanak autisme 6 tahun, Zayn Rayyan Abdul Malik Matiin, mereka kini tengah syak seorang individu yang dipercayai terlibat dalam kes 6 Disember lalu.


Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, siasatan kini masih dijalankan secara menyeluruh dari pelbagai aspek untuk mendapatkan fakta dan maklumat tepat berhubung kes terbabit.

Artikel Berkaitan : “Zayn tiada ayah tiri” – Ahli Keluarga Minta Netizen Henti Buat Spekulasi

Artikel Berkaitan : “Zayn Rayyan Budak Yang Baik, Tak Pernah Kacau Orang” – Pengasuh

Screenshot 2023 12 11 184146

“Dengan kesan itu (pada leher dan badan mangsa) kita percaya seorang individu. Kita tengok semua sudut, semua ‘database’ polis dan juga ‘mass screening’.”

“Kita harap boleh dapat petunjuk positif sehingga boleh tangkap penjenayah ini, buat masa ini, petunjuk yang ada menjurus kepada seorang individu.”

“Banyak persoalan yang perlu dijawab, cuma kita perlu fakta yang boleh menjawab soalan itu, jadi kita sama-sama berdoa agar kita boleh tangkap penjenayah itu. Kita tidak mahu bekerja dalam spekulasi, jadi beri ruang untuk polis bekerja dengan fakta.”

Screenshot 2023 12 11 184036

Jelasnya lagi, dalam proses penelitian video dashcam terhadap setiap kenderaan penduduk di kawasan itu masih berjalan bagi membantu siasatan.

Mengulas lanjut, katanya, siasatan mendapati bahawa ada kemungkinan mayat kanak-kanak itu dibuang pada waktu petang di kawasan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.

Bagaimanapun usaha untuk mencari bukti masih lagi diteruskan kerana tiada barang bukti yang menjurus kepada penjenayah dijumpai.

Selain itu, polis juga tertumpu kepada stor yang terletak 50 meter dari kediaman mangsa bagi mengenal pasti individu yang kerap berada di lokasi berkenaan.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.