in

Kertas Siasatan Majlis Kahwin Neelofa Diserahkan Kepada Timbalan Pendakwa Raya, Polis Cadang Semua Dikompaun

Collage 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kertas siasatan ke atas pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail berhubung dakwaan mereka melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika majlis perkahwinannya telah pun diserahkan  semula kepada Timbalan Pendakwa Raya semalam.


Malay Mail melaporkan, ketua polis daerah Dang Wangi, Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengatakan yang mereka kini sedang menunggu arahan dari Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Memetik laporan dari wartawan Fareez Azman menerusi Twitter peribadinya pula, pihak polis telah mencadangkan pasangan selebriti ini, keluarganya serta penganjur majlis untuk dikompaun kerana melanggar SOP.

Neelofa Wedding Langgar Sop Fb

Pun begitu, Zainal Abdullah mengatakan, Timbalan Pendakwa Raya boleh memilih untuk menuduh di mahkamah selepas meneliti keterangan yang ada dalam kertas siasatan.

Kesalahan melanggar Akta 342 dan Peraturan dibawahnya adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 25 Akta yang sama atau dituduh di mahkamah yang mana hukumannya adalah penjara tak melebihi 7 tahun atau denda tak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Zainal Abdullah turut meyakinkan orang ramai, sekiranya ada perkembangan terbaru mengenai kes ini, ia akan diberitahu kepada orang awam.

Sebelum ini pihak polis membuka kertas siasatan ke atas majlis perkahwinan Neelofa dan Haris Ismail di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988, kerana gagal memastikan resepsi mereka yang berlangsung pada 27 Mac lalu mematuhi SOP serta penjarakan fizikal yang ditetapkan.

 

Baca: “Private wedding, no cameras allowed” – Tular Gambar Bersama Rekateemor, Neelofa Bakal Buat Majlis Resepsi Pula?

Screenshot 2021 04 20 At 5.07.28 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.