in

“Kerja non stop” – Bekas Pekerja ‘Spill The Tea’ Sikap Bos Baik Hati, Pernah 2 Bulan Tak Ambil Gaji Kerana Krisis COVID 19

Bos Baik Hati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai yang sudah jatuh bangun dalam melalui krisis COVID 19 ini. Ada orang yang kehilangan pekerjaan dan ada juga yang bisnesnya rugi teruk sebab pelanggan yang makin berkurangan.

Pun begitu, luahan seorang bos bernama Alleyusof berkenaan perniagaan floristnya baru-baru ini telah menyentuh hati seorang bekas pekerja. 


Menerusi perkongsian Alleyusof yang dikongsikan semula oleh bekas pekerja tersebut di Twitter, perniagaannya baru-baru ini telah dilanda dugaan dek kerana COVID 19.

Disebabkan hal tersebut, Alley tidak mengambil sebarang gaji dari company sendiri selama dua bulan kerana ingin menyelesaikan bayaran gaji pekerja dan lain-lain. 

Enj7Tzuvkaasvy5

Malah apa yang menariknya tentang Alley ni ialah dia ada buat kempen ‘Spread The Happiness’ untuk beri free 100 jambang bunga kepada mereka yang dilanda macam-macam masalah ketika COVID 19 melanda.

Ini antara apa yang diceritakannya:

 

“Meh aku spread your goodness sepanjang dia jaga aku masa aku jadi staff dia” 

Tersentuh dengan luahan bekas bosnya itu, bekas pekerja bernama Ocin ini ‘spill the tea’ mengenai kebaikan bosnya pulak.

Menurut Ocin, selama setahun lebih dia bekerja dengan Alleyusof, lelaki tersebut digambarkan sebagai seorang bos yang sangat kuat bekerja dan terlalu baik hati. Kadangkala sampai dipijak orang lain.

Malah Alley jugak katanya kerap belanja pekerjanya makan breakfast dan lunch pada hari Jumaat. Allahu bertuah ada bos baik macam ni ye. 

 

“Dulu minggu pertama aku kerja tiap-tiap hari lewat… dia langsung tak marah cuma dia pesan…” 

Walaupun kini Ocin tidak lagi bekerja dengan Alleyusof, bekas bosnya itu tetap tak lost contact dengannya dan siap sponsor team futsal lagi tu. Untunglah! 

 

“Bos baik adalah untuk pekerja yang baik” 

Perkongsian tersebut mendapat respon positif netizen sehingga ada yang ingin menjadikan inspirasi. Diharap lelaki ini terus berjaya dalam perniagaannya kerana menjadi bos yang baik untuk pekerjanya.

Baik

Betullah kata orang, kadang-kadang pekerjaan kita tu susah. Tapi kalau ada bos yang baik dan memahami kita, nescaya yang susah pun jadi senang. Sebab tu lah gaji sikit pun sanggup bertahan lama dekat company tu.

Baca: “Baik beno brother-brother ni” – Kesian Tengok Individu Ini Tanggung Kerugian, Geng ‘Group FB Suami Masak Apa Hari Ini’ Bantu Beri Sumbangan

Kesian

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.