in

“Kerinduan ke akhir hayat” – Jalan Kaki Dari Segamat Ke Terengganu, Lelaki Ditemui Mati Di Tepi Jalan Korban Terbaharu Covid-19

Feature 1 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia telah mencatatkan 37 lagi kes Coronavirus baharu dan dua lagi kes kematian yang menjadikan kes kematian berjumlah 111 kes setakat semalam. Al-fatihah kepada semua mangsa. 


Namun, admin nak kongsikan tentang kematian kes-110 di mana lelaki yang ditemui mati di tepi jalan di Pahang baru-baru ini telah disahkan positif Coronavirus setelah bedah siasat dijalankan, lapor Harian Metro.

Covid 3

Arwah pada ketika itu dalam perjalanan pulang ke kampung di Kuala Terengganu dari Segamat, Johor. Difahamkan, dia telah mengambil keputusan untuk berjalan kaki dari Johor sebab terlalu rindukan anaknya. Jauh tu sampai ke Pantai Timur. 

Menurut Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia yang menguruskan jenazah mangsa, lelaki yang berusia 30 tahun itu bekerja sebagai security guard di Johor sebelum berhenti kerja. Katanya, dia dah berhajat nak cari kerja lain tapi tak sempat sebab PKP.

Dia tak dapat balik kampung sebab ketiadaan kenderaan manakala perkhidmatan bas pula tidak beroperasi.

Sebelum itu, arwah ada melalui lokasi roadblock polis dan keadaan mangsa pada ketika itu dikatakan sangat lemah. Allahu, sebak pula rasanya. 

Covid 1 1

Namun, hajat untuk bertemu anak juga tidak kesampaian apabila dia ditemui mati di tepi jalan dan jenazah dibawa ke Hospital Tunku Ampuan Afzan, Kuantan untuk ujian saringan Covid-19 dan bedah siasat sebelum disahkan positif.

Jenazah mangsa telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali, Kuantan.

Setakat ini, punca jangkitan masih lagi dalam siasatan. Admin doakan agar keluarga mangsa tabah dalam menghadapi pemergian ini. 

Baca: Tidak Dapat Urus Jenazah Ayah Kerana Covid-19, Gadis Ini Luah Rasa Sedih Hanya Mampu Lihat Dari Jauh 

Covid 1

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.