in

Tidak Dapat Urus Jenazah Ayah Kerana Covid-19, Gadis Ini Luah Rasa Sedih Hanya Mampu Lihat Dari Jauh

Cats 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam merupakan hari gelap buat Malaysia apabila rekod kematian semakin meningkat daripada bilangan yang sebelumnya. Sehingga ke saat ini, sudah 9 kematian yang direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Terbaru, seluruh warga maya menumpang simpati apabila anak kepada salah seorang mangsa Covid-19 meluahkan rasa kecewanya kerana tidak dapat menguruskan jenazah ayah.


1 20

2 18

 

“Kami tidak dapat menguruskan jenazah ayah. Saya dan kakak tidak dibenarkan keluar hospital. Hanya doa di kejauhan. Adik akan berada di Bahagian Forensik Hospital”

Menurut Tweet yang dimuat naik oleh Syira di Twitter, dia meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat menguruskan jenazah ayahnya di atas faktor keselamatan. Tambahnya lagi, mereka sekeluarga kini berada dalam kuarantin dan tidak boleh keluar daripada hospital untuk mengelakkan perkara buruk berlaku.

4 12

“Terima kasih sebab jadi ayah yang baik dan suami yg baik untuk umi. A hand i first time held, would be my last time to hold. Ayah in a better place now”

https://twitter.com/syahiraidris/status/1241286561087418369

Syira turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan pengurusan jenazah mangsa Covid-19 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kerana sudi menguruskan jenazah ayahnya. Terima kasih JAWI!

https://twitter.com/syahiraidris/status/1241375319145111553

Salam takziah buat keluarga manis ini. Buat anda di luar sana, ingat #JustStayAtHome!

BACA: “I’m speechless” – Dr. Amalina Kecewa Menteri Kesihatan Seolah-Olah Tidak Tahu Berkenaan Covid-19

Cats 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.