in

“Kita cari dan rayu sana sini” – Tanah Kubur di Lembah Klang Makin Terhad, Ada Jenazah Lepas 24 Jam Baru Kebumi

Kuota Kubur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia kini boleh dikatakan sedang melalui detik-detik hitam dalam sejarah apabila kes kematian COVID 19 makin meningkat setiap hari dengan kes tertinggi kematian dicatatkan iaitu 98 kes sehari.

Disebabkan hal tersebut, beberapa hospital di Selangor tepaksa menyediakan kontena khas untuk menempatkan jenazah-jenazah pesakit COVID 19 ini.


71621180275 Kontena
Kontena mayat di hospital sg buloh

Malah lebih menyedihkan, Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Muhammad Rafieudin Zainal Rashid mendakwa tanah kubur di Lembah Klang juga makin terhad, lapor mStar.

Sedih sangat bila nak uruskan segera pengebumian jenazah tapi kekangan isu tanah kubur pula menjadi masalah. Ada tanah kubur ikut waktu pejabat. Ada kubur khas untuk kariah saja,” katanya.

Kubur 1

 

Tanah perkuburan ada kuota pengebumian setiap hari

Menurutnya lagi, kontena khas yang disediakan di hospital itu juga adalah kerana sebahagian tanah perkuburan mempunyai kuota untuk pengebumian jenazah setiap hari.

Namun disebabkan angka kematian akibat COVID 19 makin meningkat, ia menyebabkan permintaan tinggi bagi pengurusan dan pengebumian jenazah terutama di Lembah Klang.

“Macam ada tanah perkuburan yang hadkan 10 jenazah untuk dikebumikan setiap hari, hanya tiga daripadanya adalah kes COVID 19. 

“Kalau lebih dari tiga kes kematian akibat COVID 19 atau kematian lain pada hari berkenaan, dah habis kuota dan tak boleh kebumi hari itu. Kena kebumi esok pula,” katanya lagi.

Kubur 2

Muhammad Rafieudin yang juga dikenali sebagai Ustaz Rafie ini berkata, pihak pengurusan bagi tanah perkuburan terpaksa akur dengan SOP yang ditetapkan berikutan PKP.

Bila permintaan untuk tanah kubur itu tinggi dan mereka pula terikat dengan SOP kebumi sampai petang saja, maka banyak urusan kebumi jenazah tergendala. 

“Bila kita request ke tempat lain, contoh dia pesakit COVID 19 meninggal di HKL, tapi bila nak kebumi di Selangor tak boleh sebab dia di luar kawasan kariah. Kubur lain tak terima,” luahnya.

 

“Pesakit COVID 19 meninggal dunia Ahad, belum dikebumikan lepas 24 jam” 

Malah ada juga pengalaman yang dihadapi Ustaz Rafie apabila berlaku kelewatan dalam pengurusan jenazah seorang pesakit COVID 19 kerana ‘ditolak’ beberapa tanah perkuburan di Lembah Klang.

Seorang pesakit COVID 19 meninggal dunia Ahad, tapi masih belum dikebumikan selepas 24 jam. Kita cuba lima kubur di Selangor dan satu kubur di Kuala Lumpur. 

“Kita cari dan rayu sana sini untuk uruskan jenazah, tapi mereka ada kuota selain alasan di luar kariah. Bila kita cuba kubur yang keenam, barulah diterima dan dapat dikebumikan sekitar pukul 5 petang Isnin,” katanya.

Rafie
Ustaz rafie

Ustaz Rafie meminta pihak berkuasa teliti perkara ini memandangkan jenazah hendaklah diuruskan dengan segera tanpa perlu bertangguh.

Antara yang disuarakannya termasuklah:

  • Jangan letak kuota harian untuk mengebumikan jenazah. Kematian COVID 19 makin bertambah. Jenazah terpaksa disimpan dalam bilik mayat hingga berlaku lambakan jenazah
  • Jangan utamakan kariah sahaja, benarkanlah tanah perkuburan untk penduduk luar kariah. Itukan kubur wakaf. Lagipun sangat berisiko tinggi untuk bawa pulang jenazah COVID 19 ke kampung asal.
  • Jangan hadkan waktu pengebumian macam waktu kerja pejabat. Kematian berlaku pada bila-bila masa. Menyegerakan pengebumian adalah satu fardu. Benarkanlah urus jenazah sehingga tengah malam.
  • Tambah bilangan petugas di tanah perkuburan berikutan terima jenazah COVID 19 setiap hari.

Dengan ini, dia juga meminta pihak berkuasa yang terlibat untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut agar tiada lagi kelewatan berlaku dalam pengurusan jenazah terutama babitkan pesakit COVID 19.

Sedih admin baca luahan Ustaz Rafie. Kalau kita bantu mudahkan urusan arwah, insyaAllah urusan hidup kita pun akan dipermudahkanNYA.

Baca: “Kasian jenazah terlantar” – Penggali Kubur di Indonesia Luah Rasa Penat, Terpaksa Gali Kubur Dari 7 Pagi Sampai 10 Malam Tanpa Henti

Kubur Indoi

Sumber: Astro AWANI
Sumber: mStar
Sumber: mStar
Sumber: mStar
Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.