Seperti yang ramai sangkakan, anggota tentera pastinya seseorang yang mempunyai perwatakan tegas dan garang sama ada ketika mereka melakukan tugasan ataupun ketika di luar waktu pekerjaan mereka.
Namun tidak ramai tahu, anggota tentera juga manusia biasa dan mereka tetap ada perasaan sedih serta simpati kepada mereka yang memerlukan seperti apa yang dipaparkan oleh video TikTok yang viral baru-baru ini.
Menerusi perkongsian pengguna TikTok bernama @maslianadin, dia telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan dua orang anggota tentera membantu seorang pakcik di tepi jalan.
@maslianadin Location 📍Mcd Caltex Bayan Baru Penang #fyp #penang #pulaupinang #frontliners
Anggota tersebut pada mulanya berada di luar sebuah restoran makanan segera telah memberhentikan motosikal yang dinaiki mereka untuk memberi seorang pakcik yang duduk sendirian ini minuman.
Namun tidak lama selepas itu, dua anggota tentera itu datang kembali dan kali ini mereka membawa bungkusan makanan pula kepada pakcik tersebut. Allahu…
“Terima kasih wira celoreng”
Kejadian berkenaan katanya berlaku di Bayan Baru, Pulau Pinang dan ia telah mendapat respon positif netizen yang terharu dengan tindakan dua abang askar tersebut. Ramai juga yang teringat akan ibu bapa sendiri saat melihat kejadian itu.
Sejuk hati admin tengok abang askar kita bantu pakcik tu. Semoga mereka terus dirahmati-Nya.