Siapa dekat sini bila pergi kerja, tak sabar balik rumah sebab rindu anak? Samalah macam admin huhu.
Kanak-kanak yang rapat dengan ibu bapa selalunya clingy dan kalau boleh nak ikut ke mana-mana dan kena make sure parents ada depan mata dorang. Sebab itu kadang-kadang ibu bapa yang nak pergi kerja atau keluar kena cari cara kreatif untuk elak daripada anak merengek, menangis tak mahu ditinggalkan.
Seperti seorang lelaki Indonesia yang viral di TikTok baru-baru ini kerana dilihat lari keluar rumah sambil menyarung uniform sebab risau jika anaknya nampak.
Melalui TikTok adik lelaki yang bertugas sebagai askar itu telah memuat naik sebuah video menunjukkan abangnya terpaksa keluar rumah senyap-senyap kerana takut anaknya sedar dia keluar untuk pergi kerja.
Video yang sudah mendapat lebih 1.5 juta tontonan itu menunjukkan lelaki tersebut dalam keadaan gelabah keluar dari rumah dan terus berjalan tanpa menoleh ke belakang. Walaupun hujan renyai, abangnya itu tetap terus berjalan sambil menyarung uniform askar dan selepas beberapa langkah dari rumah, dia terus berlari.
Abang gue cepet cepet lari supaya gak ketahuan anaknya.”
Rakaman video berdurasi lebih kurang seminit itu telah mendapat perhatian ramai netizen yang terhibur dengan gelagar lucu lelaki berkenaan. Ruangan komen juga dipenuhi dengan pelbagai reaksi netizen di mana rata-ratanya cakap dorang boleh relate dengan situasi itu.
Ramai juga cakap dorang teringat zaman kecil-kecil dulu waktu mak atau ayah terpaksa cari jalan untuk keluar dari rumah sebab kalau tidak, mesti nak ikut!
Tonton video di bawah: