in

Kerana Nak Nikah Hujung Minggu Ni, Mak Merayu Lepaskan Anak Lelaki Yang Didakwa Rogol Adik Sendiri

Collage 24

Bagi seorang ibu, mungkin sukar untuk percaya yang anak sendiri boleh buat perbuatan yang tak terjangkau dek akal. Pun begitu, jika suspek dan mangsa dua-dua adalah anak sendiri, mana satu yang dia patut lindungi?

Menurut Awani, semalam, seorang lelaki telah didakwa merogol adik bongsunya yang kini berusia 17 tahun sejak remaja itu berusia 11 tahun.

Ketika tuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh Melaka, lelaki berusia 26 tahun ini tak mengaku bersalah atas empat tuduhannya.

Dikatakan, lelaki ini dituduh melakukan persetubuhan dengan adiknya yang berusia 17 tahun ini pada Jun 2014, Mac 2018, Mei 2019 dan baru-baru ini pada April lalu.

Tertuduh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ini boleh dikenakan hukuman penjara selama 10 hingga 30 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.

71594710451 Tbrogolmelaka

Tak cukup dengan itu, lelaki ini turut berhadapan dengan satu lagi pertuduhan lain, iaitu menggunakan kekerasan terhadap adiknya dengan menyentuh payudara dengan niat untuk mencabul kehormatan.

Oleh kerana hubungan antara suspek dan mangsa merupakan adik beradik, Timbalan Pendakwaraya, Mazuin Hashim meminta mahkamah untuk tak berikan sebarang jaminan untuk lelaki ini dilepaskan.

Pun begitu, tertuduh dan juga ibunya merayu kepada mahkamah minta dilepaskan dengan jaminan atas alasan yang lelaki ini bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu ini.

Hakim kemudiannya membenarkan lelaki ini diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan, tertuduh tak boleh mengganggu adiknya serta tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 17 Ogos depan.

 

Baca: “Rogol anak 12 tahun” – Mahkamah Benarkan Rayuan Lelaki Ini Kurangkan Penjara Dari 115 Tahun Ke 45 Tahun Sebab…

Screenshot 2020 07 15 At 1.16.09 Pm

Sumber: Awani