in

“Rogol anak 12 tahun”- Mahkamah Benarkan Rayuan Lelaki Ini Kurangkan Penjara Dari 115 Tahun Ke 45 Tahun Sebab….

Rogolanak

Tempoh penjara seorang lelaki berumur 52 tahun dari Kuching, Sarawak atas kesalahan merogol anak kandung perempuannya telah dikurangkan dari 115 ke 45 tahun.

Panel hakim, Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Lee Swee Seng dan Datuk Supang Lian menerima rayuan itu tanpa sebarang tentangan tetapi hukuman 20 sebatan masih kekal, lapor Dayak Daily.

Lelaki itu didakwa 4 kes dengan jumlah 6 tuduhan. Hukuman penjara ditetapkan pada 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun dan 15 tahun di mana hukuman tersebut akan dilaksanakan secara serentak.

 

Faktor umur

20200713 105215 Scaled E1594630716911 300X225 1

Pada waktu kejadian, anak perempuannya itu baru berumur 12 tahun, suspek telak merogolnya pada tahun 2014 di sebuah pondok kecil yang terletak di ladang kelapa sawit, Kabong.

Jenayah seksual itu dilakukan kembali di sebuah hotel di Saratok dan di bilik tidur di kediaman mereka di Kabong sehingga umurnya 15 tahun.

Menurut Borneo Post lagi, mangsa juga dirogol di dalam kereta di ketika berhenti di tepi jalan di Kampung Sebuyao dan dalam bilik air sebuah rumah pada tahun 207.

Biarpun tertuduh mengaku bersalah atas semua 5 tuduhan pada bulan September 2017 itu, dia bagaimanapun dijatuhkan hukuman penjara 22 tahun dan 4 sebatan bagi setiap pertuduhan di bawah Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan kerana merogol.

Seperti yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen untuk meneruskan hukuman bersamaan, hukuman penjara l5 tahun lagi kepadanya di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Pada mulanya, Mahkamah Tinggi telah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman secara berturut-turut  oleh pihak pendakwaan yang menyebabkan lelaki itu dipenjarakan sehingga 112 tahun sebelum mengemukakan rayuan.

Bagaimanapun, Simon Siah, seorang peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Nasional (YBGK), mewakili tertuduh dan merayu agar hukuman penjara sebelumnya dijalankan serentak kerana faktor usia lelaki itu.

“Berdasarkan peratusan dan statistik, jangka hayat purata lelaki di negara ini adalah sekitar 70 tahun. Tertuduh kini berusia 52 dan mungkin tidak cukup lama menjalani hukuman. “ – Simon Siah.

Baca : “Patut kena viral sampai masuk TV” – Bekas Suami Sorok 2 Anak Lepas Ibu Dapat Hak Penjagaan, Suka Hati Langgar Perintah Mahkamah!

Mahkamah

Sumber: Dayak Daily