Kerajaan Malaysia menerusi keputusan Jemaah Menteri Kabinet semalam telah bersetuju untuk memberikan potongan pembayaran tol sebanyak 50% sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Memetika laporan FMT, Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi berkata, diskaun 50% itu akan bermula pada 27 Januari (Isnin) pada jam 12.01 tengah malam dan akan berakhir pada 11.59 malam keesokannya (28 Januari, Selasa).
Artikel berkaitan: Pengguna Lebuh Raya Bakal Nikmati Tol Percuma Sempena Krismas Pada 23 Dan 24 Disember
Artikel berkaitan: Perlaksanaan Henti Tol Percuma Masih Belum Dimuktamadkan – Fahmi Fadzil
Diskaun ini juga terhad kepada kenderaan persendirian kelas satu dan terpakai kepada semua plaza tol kecuali yang berada di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).
Terdahulu, kerajaan berhasrat untuk menghentikan pelaksaan tol percuma sempena sambutan hari perayaan di Malaysia.
Namun keputusan itu diubah dengan pemberian diskaun 50% seperti yang dimaklumkan semalam.