in

Keputusan Mesyuarat Kabinet Kali Ke-3

3 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak Kabinet dibentuk beberapa minggu lalu, banyak yang sudah diputuskan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Antaranya adalah pembubaran beberapa agensi kerajaan dan pelbagai isu yang sebelum ini tidak mendapat kepastian.


Hari ini Tun M telah selesai mempengerusikan mesyuarat kabinet untuk kali ketiga. Menurut Malaysiakini, berikut adalah inti pati keputusan yang telah dibuat;

3 1

 

Isu berkaitan rakyat

  • Peruntukan RM500,000 kepada Anggota Parlimen dan RM200,000 untuk Pusat Khidmat Anggota Parlimen akan disalur sebelum Hari Raya Aidilfitri
  • Kerajaan akan beri insentif raya kepada peneroka Felda, babitkan peruntukan kerajaan RM50 juta
  • Peneroka Felcra juga menerima bonus, dengan kos RM44 juta, dibayar melalui keuntungan Felcra
  • Bayaran Bantuan Sara Hidup tidak lama lagi
  • Skim kawalan harga musim perayaan Aidilfitri libatkan 22 jenis barang kawalan
  • Elaun keraian Penjawat awam kanan akan dikenakan potongan 10 peratus
  • Kementerian Kesihatan akan mengkaji skim “peduli sihat nasional” dan insurans Takaful bagi golongan miskin
  • Skim kawalan harga musim perayaan akan dilaksanakan mulai 8 hingga 22 Jun
  • Kerajaan akan menangani masalah kekurangan zat di kalangan kanak-kanak bandar, termasuk Putrajaya

 

Hal dalam negara 

  • Muhammad Ibrahim sah letak jawatan sebagai gabenor Bank Negara
  • Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Khas Isu-isu Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan
  • Kementerian-kementerian akan disusun semula
  • Parlimen bersidang mulai 16 Julai, Akta Anti Berita Tidak Benar dan Akta GST akan dimansuhkan
  • Masa depan Majlis Penasihat Kerajaan belum dimukmatamadkan
  • PM akan melengkapkan kabinetnya menjelang akhir minggu ini
  • Dr Mahathir akan berada di Jepun antara 10 hingga 12 Jun untuk Persidangan Nikkei – lawatan rasmi rasmi pertamanya
  • Menteri Kewangan dan pegawai SPRM akan ke China tidak lama lagi berhubung siasatan projek Suria Strategic Energy Resources
  • Peguam Negara dan Kementerian Luar Negeri akan memulakan tindakan susulan ke atas MH17.
  • Jawatankuasa kabinet khas mengenai masyarakat India akan bermesyuarat tidak lama lagi
  • Kerajaan berpendapat adalah baik jika tidak ada kapal perang ditempatkan di Selat Melaka, Laut China Selatan
  • PM enggan ulas tuduhan yang memperincikan perbelanjaan untuk Yang di-Pertuan Agong
  • Ujian Bahasa Inggeris untuk kakitangan awam kanan kerana mereka perlu berunding dengan warga asing
  • Jawatankuasa meliputi pakar bukan kerajaan akan diwujud untuk tambah baik kurikulum pendidikan dari peringkat taska sehingga universiti

 

Isu yang akan dikaji semula

  • Kerajaan mengkaji semula Jabatan Kemajuan Islam (Jakim)
  • Kerajaan akan kaji semula pautan dagangan antara Bursa Malaysia dan Singapura
  • Syarat pinjaman bank yang ketat akan dikaji semula untuk membantu usahawan kecil

Wah banyaknya perkara yang dibincangkan!

Baca: “Kalau prestasi kabinet tak memuaskan, kita kena ganti lain” – PM

Ka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.