in

“Kepada kamu, mogakan berbahagia…” – Muat Naik ‘Posting’ Sendu, Janna Nick Kini Solo?

Janna Nick Berpisah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sahaja tak kenal dengan pelakon cantik manis, Janna Nick kan? Walaupun baru berusia 27 tahun, dia sudah berlakon dalam lima buah filem serta puluhan rancangan TV.


Janna Nick sebelum ini tidak merahsiakan hubungan percintaanya dengan pelakon berdarah kacukan Switzerland, Dini Schatzmann sejak Jun 2019.

Pun begitu, sejak semalam media sosial kecoh dengan sebuah posting yang dimuat naik oleh Janna Nick, seakan memberi bayangan hubungan kedua-dua pelakon itu telah berkakhir.

“Kepada kamu, mogakan berbahagia. Kini cinta kita telah berakhir untuk selamanya.” tulis Janna ringkas.

Malah, pelakon wanita yang juga penyanyi lagu Gatal itu turut menutup ruangan komen posting berkenaan, sekali gus menimbulkan rasa ingin tahu peminatnya.

Keadaan semakin ‘panas’ apabila ramai netizen mula menyerang akaun Instagram Dini untuk mendapatkan cerita yang sebenar.

Hasil tinjauan ke laman Instagram Janna Nick, pelakon wanita itu tidak lagi mengikuti Dini dalam Instagram namun pelakon lelaki tersebut masih lagi menjadi pengikut akaun Janna.

Hmm, harap dua-dua ni okay je lah…

Baca: “Saya minta maaf” – Buat Persembahan ‘Miming’ Di AIM23, Janna Nick Dikutuk Netizen

Collage 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.