Semalam telah berlangsungnya acara tahunan Anugerah Industri Muzik (AIM) yang ke-23 bagi menghargai bakat-bakat dalam bidang muzik tanah air.
Selain dari majlis penganugerahan, persembahan-persembahan hebat yang dibawakan oleh penyanyi-penyanyi terkemuka juga turut menjadi highlight program ini.
Antara persembahan yang diingati dah tentulah gandingan hebat Siti Nurhaliza dan Liza Hanim yang berjaya menampilkan vokal yang power.
Namun ia masih tak dapat mengalihkan perhatian netizen dari persembahan lagu Gatal oleh Janna Nick yang berjaya menggondol kategori Muzik Video Terbaik apabila ramai yang perasan pelakon ini miming di atas pentas. Betul ke?!
Sejurus selepas persembahannya di AIM23 semalam, nama Janna Nick telah trending di Twitter. Rata-rata netizen telah mengutuk persembahannya kerana memilih untuk tidak menyanyi secara live.
“Tanpa saya sedar pilihan saya memakan diri.”
Menyedari kritikan yang diberikan oleh netizen, Janna Nick menerusi Instagram peribadi telah memuat naik video serta permohonan maaf atas persembahannya di AIM23.
Saya minta maaf kerana dianggap memalukan AIM23 kerana miming di pentas anugerah berprestij #AIM23.”
Tambahnya, dia sangat berbesar hati bila diberikan peluang untuk menyanyi di pentas besar bersama dengan penyanyi hebat lain kerana itu adalah impiannya. Namun begitu, kesihatannya terganggu dua minggu sebelum ini akibat dijangkiti influenza.
Peluang untuk menyanyi di pentas besar itu sebaris dengan penyanyi penyanyi hebat tanah air adalah satu impian yang memang dah lama saya impikan.
“Ketika pertama kali ditawarkan saya sangat berbesar hati.
“Akan tetapi sejak saya dijangkiti influenza 2 minggu lalu.”
Jelasnya, walaupun telah dinasihat doktor untuk berehat namun dia tetap ingin meneruskan komitmen kerjanya serta memenuhi undangan yang dah diterima sebelum ini tanpa menyedari bahawa ia akan memakan diri.
Kesihatan saya amat terganggu. Saya meneruskan penggambaran #melastikkehatimu2, kerja kerja di jakarta & memenuhi undangan di Singapura walaupun telah dinasihati oleh doktor untuk berehat.
“Tanpa saya sedar pilihan saya memakan diri.”
Alahai kesian pulak dengan Janna… Min doakan dia cepat sembuh…
Baca: [VIDEO] Psy Nyanyi Lagu Janna Nick Ketika Bersenam Buat Ramai Peminat M’sia Bangga