Ingatkan kat luar negara je, rupa-rupanya kat Malaysia pun ada juga jadi macam ni? Kalau dekat negara luar sampai bergaduh keluar pisau sebab nak berebut tisu tandas tu mungkin ada lah logik dia tapi kalau kat Pulau Pinang macam pelik je.
Bukanlah sebab bergaduh, tapi borong tisu tandas disebabkan rasa panik Covid-19 yang semakin meningkat di Malaysia ini. Bukan admin je tau, netizen yang lain pun pelik.
Rak barangan di beberapa Pasaraya didapati kosong terutamanya Toilet Paper.
Menerusi perkongsian daripada Mohd Redzuan Abdul Manap dilihat orang ramai borong barang-barang pasaraya kerana panik dengan serangan Covid-19.
Dalam banyak barang, tisu tandas antara paling laris. Habis licin semuanya.
Perkongsian itu meraih 233 jumlah retweets sepanjang 20 jam sejak ia dimuat naik. Ramai netizen pelik kenapa dalam banyak-banyak barang, tisu tandas yang jadi perhatian.
Semua ada pili air kan kat Malaysia ni? – Netizen
Apa pun mungkin ada lah tu sebab-sebab tertentu, kan tisu ni satu keperluan juga, untuk di dapur, untuk lap peluh, dan mungkin tisu tandas lagi murah daripada tisu muka? #husnuzon