in

“Kenapa tengah jalan?” – Viral! Lelaki Didakwa Solat Tengah Jalan, Undang Pelbagai Reaksi

Ft Soalt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Benarlah solat tiang agama tapi nampaknya hanya kerana mendirikan solat, siapa sangka seorang lelaki dari Banyuwangi, Jawa Timur boleh jadi viral.



Gara-gara mendirikan solat di jalan raya 2 lorong, video lelaki ini mula tular kerana mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Menerusi video yang dikongsikan oleh akaun Instagram @bintangtenggarafm, seorang lelaki dilihat mengenakan jubah putih serta berserban sedang mendirikan solat sambil beberapa kenderaan dilihat melintasinya.

 

Tak hiraukan kenderaan lain

Menerusi perkongsian itu, turut dimuat naik caption kepada orang awam yang melalui jalan tersebut supaya berhati-hati.

Pak Rudi memberitahu dia terlihat kelibat seorang lelaki sedang mendirikan solat di tengah jalan. Perbuatan lelaki tersebut dikatakan menganggu keadaan lalu lintas kerana kedudukannya yang berada di tengah jalan mengundang risiko kemalangan.

Individu yang melalui kawasan tersebut diminta untuk berhati-hati dan memperlahankan kenderaan anda.

Bukan itu sahaja, menurut Suara, tindakan lelaki itu menunaikan solat dalam keadaan merbahaya itu bukanlah kali pertama dilakukannya.

Penduduk setempat mengakui perbuatan itu sudah berulang-kali dilakukan oleh lelaki tersebut.

Rata-rata netizen dikatakan turut tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu.

Capture 1 13

 

Solat memang satu kewajipan tapi janganlah sampai macam ni, bukan sahaja bahayakan nyawa sendiri tapi buat susah orang lain juga…

 

Baca : Indonesia Cipta Bas ‘Anticorona’, Lengkap Teknologi Yang Boleh Bunuh Kuman & Bakteria

Capture 17 7

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.