in

Indonesia Cipta Bas ‘Anticorona’, Lengkap Teknologi Yang Boleh Bunuh Kuman & Bakteria

Untitled Collage 91

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan, musim penularan pandemik ini membuatkan manusia semakin kreatif mengadaptasi teknologi yang ada untuk memastikan keselamatan komuniti dan survival masing-masing.



Dron penyembur cecair pembasmi kuman, helmet pintar yang boleh mengesan suhu badan dan sebagainya.

Ini hanyalah sebahagian inovasi yang kita sudah ketahui. Mungkin masih ada banyak lagi ciptaan yang sedang dibangunkan untuk kemudahan kita pada masa akan datang — siapa tahu kan?

Di Jawa Tengah misalnya, mereka sudah pun membangunkan prototaip bas anticorona yang dicipta untuk membantu mengurangkan risiko penularan COVID-19.

Memetik laporan CNN Indonesia, bas berukuran 12 meter itu dilengkapi dengan kabin penapis menggunakan teknologi HEPA yang kebiasaannya dipakai dalam pesawat komersial. Ia bagi memastikan pengaliran udara yang bersih di dalam bas.

Ia juga dilengkapi dengan teknologi sinaran UV untuk membantu membunuh kuman dan bakteria.

Selain itu, reka bentuk kedudukan kerusinya juga mempraktikkan penjarakan sosial, disusun tiga baris memanjang ke belakang — berbeza dengan rekabentuk bas yang kita sedia maklum.

Apa yang lebih menarik, adalah setiap penumpang yang menaiki bas ini akan dibekalkan dengan sejenis topeng pelitup muka herbal yang dipercayai dapat meningkatkan imun dan melancarkan sistem pernafasan pemakainya.

Bas ini dicipta untuk dua kegunaan. Selain untuk membawa penumpang, satu lagi bas sejenis dengannya akan digunakan sebagai makmal bergerak yang akan disasarkan di kawasan-kawasan pedalaman yang tidak mempunyai klinik atau hospital.

 

Baca: “Kreatif Dan Inovatif” – Anak Tempatan Cipta Mesin ‘VirusBuster Nanospray’ Untuk Cegah COVID-19

Capture 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.