Berita baik untuk kita semua yang sedang risau dengan COVID-19, yang mencatatkan peningkatan dalam jumlah kematian dan jangkitan khususnya di negara China.
Menurut Dailymail dilaporkan saintis di sebuah syarikat kejuruteraan genetik di Texas, Amerika Syarikat mendakwa yang mereka berjaya cipta vaksin bagi wabak Coronavirus (COVID-19).
Malah dilaporkan bahawa mereka sudah bersedia untuk lakukan ujian tersebut ke atas haiwan dan penilaian pengawal selia Amerika Syarikat (AS), lapor mStar.
Bagaimanapun, ia masih diperingkat permulaan sebelum pengedarannya, malah pakar bersetuju tempoh antara ujian dan pengeluaran vaksin tersebut ambil masa antara 18 bulan hingga ke 2 tahun…lama jugak tu!
Sebagai langkah keselamatan, firma tersebut turut menegaskan yang para saintis mengelak menggunakan apa jua bentuk virus dalam penghasilan vaksin itu.
Ini disebabkan pakar tidak tahu banyak mengenai COVID-19 justeru enggan mengambil risiko. Sebaliknya mereka menggunakan adenovirus, iaitu salah satu punca kepada jangkitan pernafasan.
Tapi netizen percaya yang ‘ada udang di sebalik batu’…
Nampak tak permainannya kat situ…