Selepas hampir 3,000 orang terkesan akibat daripada pencemaran udara di Pasir Gudang, Johor, ramai yang tertanya-tanya kenapa kerajaan masih tak isytihar darurat di kawasan tersebut? Takkan nak tunggu sampai ada mangsa mati baru nak darurat kan?
Tunggu dulu! Menerusi perkongsian seorang peguam bernama Salkukhairi Abd Sukor di Facebook, beliau ada menjelaskan beberapa kemungkinan yang boleh berlaku di Pasir Gudang kalau darurat diisytiharkan. Ini bukan perkara main-main, ini serius ni!
“Apa yang seronok sangat darurat sehingga semua orang seolah-olah hendak sangat kerajaan isytiharkan darurat?”
“Sekiranya darurat diisytiharkan, kerajaan boleh buat atau keluarkan, atau gubal perintah atau undang-undang… tanpa perlu bawa ke parlimen untuk diluluskan”
“Kalau rakyat tahu betapa teruknya kesan sesuatu darurat bencana diisytiharkan, sudah pasti rakyat tidak mahu situasi sedemikian berlaku”
“Sebelum lontarkan kutukan dan kritikan bersifat emosional … eloklah dapatkan maklumat dan info tepat”
Meskipun ada yang kurang bersetuju dengan apa yang dijelaskan peguam tersebut, tapi info dan point yang diberikannya ada betul juga. Jadi admin rasa, kerajaan pasti ada sebab kukuh mengapa mereka tidak mahu mengisytiharkan kawasan Pasir Gudang sebagai darurat.
Dalam kita sibuk mengecam dan menuding jari ke sana sini, marilah kita doakan semoga mangsa yang terbabit cepat pulih dan pembersihan sisa toksik diselesaikan dengan segera. Moga-moga mereka yang bertanggungjawab dijatuhkan hukuman setimpal dengannya.