in

“Anggap macam sebiji bom nuclear meletup kat Pasir Gudang” – Penduduk Pasir Gudang Buat Keputusan Berpindah Sementara Waktu

Hazmat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu pencemaran udara akibat penyebaran gas kimia di Pasir Gudang kini kian meruncing. Jumlah mangsa yang makin meningkat membuatkan penduduk di sekitar kawasan tersebut terpaksa membuat keputusan sendiri.


Menerusi perkongsian Zulkhairie Khodir di Facebook, dia serta keluarganya mengambil langkah berjaga-jaga dengan berpindah dari rumahnya sebelum bencana ini makin memburuk. 

 

“Malam tadi adalah waktu untuk aku sekeluarga bergegas keluar dari daerah Pasir Gudang”

Menurut Zulkahairie, tindakannya untuk berpindah keluar dari kawasan Pasir Gudang harus dilakukan dengan pantas kerana pencemaran kimia yang melibatkan gas Cyanide ni perkara yang serius. Cyanide ni bagi yang tak tahu, ia pernah digunakan sebagai senjata kimia oleh Nazi semasa Perang Dunia II tau! Kalau termasuk dalam mulut, boleh mati terus.

Pindah 1

 

“Kesan terhidu gas kimia ini bukan akan nampak dalam masa sekarang… boleh jadi penyebab kanser paru-paru” 

Pindah 2
sumber: facebook
Gas 1
sumber: twitter

 

“Aku rayu kalian keluarlah dari kawasan bencana ini. Pergi ke daerah lain yang lebih selamat” 

Pindah 3
sumber: facebook
53749615 10218070361806532 3187359487367315456 N
sumber: facebook

Menurut sumber Harian Metro, rata-rata penduduk Pasir Gudang sudah pun mengambil langkah berjaga-jaga dengan berpindah ke kawasan lebih selamat buat masa sekarang.

Selepas berlakunya gelombang keempat susulan kesan pembuangan sisa tersebut, penduduk di Taman Pasir Putih terutamanya telahpun keluar lebih awal kerana tidak mahu mengambil sebarang risiko.

Petang ni dengarnya PM dan TPM akan turun ke lokasi kejadian. Marilah kita doakan yang terbaik untuk mereka yang berada di sana. 

Baca: Menangguk Di Air Yang Keruh! Doktor Kecam Penjual Essential Oil Ambil Kesempatan Kononnya Claim Boleh Tapis Udara Tercemar di Pasir Gudang

Kesempatan Kesempitan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.