in

“Kenapa nampak lain?” – Tular Gambar Tom Cruise Nampak Berisi, Netizen Terkejut Lihat Perubahan Mendadak

Apa Sudah Jadi Tom Gemuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal dengan Tom Cruise, pelakon yang terkenal dengan filem francais Mission: Impossible?


Selain daripada lakonan yang mantap dan keberanian Tom melakonkan hampir semua stunt di dalam filem itu, ramai juga sebenarnya yang terkesima dengan kekacakan aktor berusia 59 tahun ini yang menurut ramai masih kelihatan muda.

Tom Cruise

Walau bagaimanapun, baru-baru ini, tular sebuah gambar yang memaparkan wajah Tom agak berbeza dari kebiasaannya apabila dia terlihat ‘kembang’ dan berisi tak seperti selalu.

Gambar itu dipercayai dirakamkan ketika pelakon itu menonton perlawanan besbol bersama anaknya, Connor Cruise, 29, lapor Page Six.

Cruise 2

Erkk ni ke Tom Cruise yang ku kenal??

 

“Apa sudah jadi Tom?” 

Penampilan baru Tom Cruise itu telah mendapat perhatian netizen yang ternyata terkejut melihat perubahan mendadak tersebut.

Ramai yang mula mengeluarkan teori masing-masing akan perubahan yang dialami Tom, di samping ada juga yang mengatakan ia merupakan perkara normal bagi seseorang yang hampir berusia 60 tahun untuk melalui proses penuaan secara natural.

Tom Gemuk

Tom kini dilaporkan sedang berehat daripada menjalani sebarang penggambaran manakala filem lakonannya yang dinantikan ramai, Top Gun: Maverick yang sepatutnya ditayangkan pada 19 November ini telah ditunda kepada 26 Mei tahun depan.

Manakala penggambaran Mission: Impossible 7 pula dihentikan seketikan pada Jun lalu kerana berlakunya jangkitan COVID 19 di set penggambaran.

Tak ada yang kekal muda selama-lamanya kan. Wajah pasti alami perubahan mengikut usia walaupun kita guna bermacam jenis produk atau surgeri untuk mengubahnya. 

Baca: “Kelas…shooting kat space na?” – NASA Sahkan Tom Cruise Akan Ke Angkasa Untuk Penggambaran Filem

Tom Shoot

Sumber: Facebook
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.