in

“Kalau aku nampak lagi kau buat ni, kau mamp*s” – Tom Cruise Hamun Krew Filem ‘Mission: Impossible 7’ Sebab Tak Ikut SOP COVID 19

Kena Marah Dengan Tom

Semenjak wabak COVID 19 muncul dan mula mengganas pada awal tahun 2020, kebanyakan produksi yang menjalankan penggambaran filem mahupun drama terbengkalai.

Demi memastikan kelangsungan industri hiburan, pihak berkuasa tiada jalan lain melainkan menetapkan SOP ketat bagi produksi yang ingin mengadakan penggambaran ini. Ini termasuklah penjarakan sosial, swab test COVID 19 dan macam-macam lagi.

Sebab kalau seorang je terkena wabak ni, habis bungkus satu produksi! Dan kerana itulah, pelakon antarabangsa, Tom Cruise baru-baru ni hangin apabila ada di antara krew filem ambil ringan soal SOP COVID 19. 

42Cwef4N

Menurut laporan Variety, Tom Cruise katanya telah melempiaskan kemarahannya kepada beberapa krew di set ‘Mission: Impossible 7’  selepas mereka didapati melanggari protokol garis panduan COVID 19.

Semua ini bermula apabila Tom melihat dua orang krew sedang berdiri terlalu dekat antara satu sama lain yang mana salah seorangnya berada di hadapan skrin komputer.

Dia kemudian tak dapat menahan perasaan dan berkata,

Kalau aku nampak lagi kau buat macam ni, kau mamp*s” 

Giphy 2

Menerusi audio yang kini viral di media sosial, Tom juga dapat didengar meluahkan rasa bimbangnya jikalau wabak tersebut merebak di dalam set penggambaran tersebut.

Menurut Tom, dia telah melakukan pelbagai perkara demi memastikan penggambaran filem tersebut berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

“Kita adalah contoh standard yang terbaik. Mereka semua ini kembali ke Hollywood dan membuat filem sekarang adalah kerana kita. Kerana mereka percayakan kita dan percaya dengan apa yang kita buat. 

“Aku sekarang di telefon dengan setiap studio di tengah malam, bercakap dengan syarikat insurans, penerbit dan mereka semua memandang kita serta menggunakan kita untuk untuk membuat filem. Kita sedang mencipta ribuan peluang pekerjaan. Aku tak mahu tengok perkara macam tu lagi!” kata Tom.

Menurut sumber, Tom memang agak tegas dalam memastikan SOP COVID 19 dijalankan di set penggambaran di Britain dan pernah memarahi krew lain kerana mengambil mudah akan keadaan sekeliling yang nampak selamat.

Tom Cruise

Filem Mission: Impossible 7 pernah tergendala penggambarannya pada Oktober 2020 lalu selepas 12 orang di Itali dilaporkan positif COVID 19. Penggambaran filem ini kini tertumpu di UK dan dijangka bakal menemui pawagam pada 19 November 2021.

Baguslah kan Tom tegur. Dia tak nak perkara yang sama berulang lagi. Bungkus karang produksi tu. 

Baca: “Kelas… shooting kat space na?” – NASA Sahkan Tom Cruise Akan Ke Angkasa Untuk Penggambaran Filem

Tom

Sumber: Twitter
Sumber: Variety