in

“Kenapa kasi aku jaga anak?” – Anju Respon Balik Lepas Bekas Tunang ‘Dedah’ Kuat Hisap Dadah?

Collage 5

Kebanyakan netizen masih mengikuti kisah ‘perang’ di antara Zarina Anjoulie dan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey ini di media sosial.

Mana tidaknya, baru-baru ini Khazrul menerusi videonya di TikTok telah membuat dakwaan mengatakan bahawa dia telah diberitahu oleh ibu Anju yang anaknya itu seorang yang kuat hisap dadah.

Tak cukup dengan itu, lelaki ini turut mendakwa Anju merupakan seorang kaki pukul dan pernah menghentak kepala adik perempuannya menggunakan telefon dengan kuat.

Selain itu dia juga mendakwa Anju pernah menelefon polis untuk menangkap ibu kandungnya sendiri.

Dia hisap i*e, hisap c*c*ine. Mak dia cakap kau tahu tak dia ni gila, hisap dadah kuat sangat. 

“Dia kena halau banyak kali dari rumah. Sebab dia ni toksik, selalu bergaduh dengan adik beradik. Dia hentak kepala ni kuat tau dengan handphone.

“Dah lah jongang, menghisap dadah pulak tu, membukak aib orang.”

https://www.tiktok.com/@khazrulelzey/video/7203001545670053147?_r=1&_t=8a6SZm5tn7p

“Ada tak sorang anak lapor polis tangkap mak dia. Dia buat macam tu dekat mak dia.

“Perangai dia memang suka memukul orang. Disebabkan dia buka aib saya, dia hina saya. Kita cerita je lah pasal dia. Pedulikan dia, pergi mamp*s.”

Dalam video ini, Khazrul juga turut mengatakan yang dia bakal mendedahkan punca sebenar perpisahannya dengan Anju.

Ekoran dakwaan ini, Anju menerusi live telah memberikan responnya menjawab pertuduhan yang dilemparkan ke atasnya.

Menurut Anju, sekiranya dia penagih dan kaki pukul seperti yang didakwa, kenapa Khazrul berani biarkan dia menjaga anaknya. Selain itu, Anju turut mengatakan yang dia tak pukul anaknya dan seumur hidupnya, dia hanya pernah cubit anaknya dua kali.

Kalau Anju ni penagih, Anju ni kaki pukul anak, Anju ni teruk, korang rasa seorang datuk seri yang kerja korporat nak ke kasi anak dia aku bela? Cuba fikir logiklah.

“Kalau aku ni kaki bantai, kaki teruk, kaki dadah, you rasa dia nak ke kasi anak dia aku jaga?”

https://www.tiktok.com/@selebewviral/video/7202904589962661147?_r=1&_t=8a6uFrXNMHK

Bahaya jugak kalau cakap-cakap tak ada bukti ni, takut nanti jadi kes saman pulak…

 

Baca: “Hanyalah gurauan” – Bekas Tunang Anju Perjelas Berat Badan Bukan Sebab Tak Jadi Kahwin

Ft Anju Ego Bukan Kurus