in

“Hanyalah gurauan” – Bekas Tunang Anju Perjelas Berat Badan Bukan Sebab Tak Jadi Kahwin

Ft Anju Ego Bukan Kurus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai yang dah tahu mengenai ikatan pertunangan antara Zarina Anjoulie dan usahawan Datuk Seri Khazrul Elzey yang sudah berakhir, tapi baru-baru ini Khazrul telah tampil memperjelas punca sebenar mereka berpisah.


Tambahnya, dia tidak pernah meletakkan syarat kepada Anju untuk menurunkan berat badan sehingga 55kg sebelum mereka berkahwin.

Katanya, kenyataan berkenaan isu tersebut yang tular di media sosial sebelum ini hanyalah gurauan semata-mata.

Cuma gurauan semata-mata

Anju1 1672031182

Difahamakan, Anju juga telah memadamkan hantaran berkaitan perkara tersebut di laman sosial miliknya.

Susulann kejadian itu, Khazrul berkata, dia terpaksa menerima kritikan dari netizen apabila ramai yang mula mengecam dia kerana dikatakan tidak boleh menerima fizikal sebenar seorang wanita sehingga meminta mereka menguruskan badan.

Walaubagaimanapun, Khazrul tetap enggan mendedahkan punca sebenar mereka putus tunang dalam masa yang singkat walaupun sudah merancang untuk bernikah dalam masa terdekat.

Menurut mStar, Khazrul menganggap hubungan mereka berakhir kerana dia bukanlah lelaki terbaik yang boleh membimbing Anju dan pikul tanggungjawab seorang suami.

Jawapan Anju…

Screenshot 2023 02 08 172103

Namun hari ini, Zarina Anjoulie mendedahkan ego menjadi punca ikatan pertunangannya itu terputus di tengah jalan.

Tambah Anju, jika perasaan sayang itu masih ada di dalam hati, sepatutnya lelaki itu memperbetulkan keadaan, bukan membuat kenyataan dalam media sosial.

Selain itu, dia juga berharap mereka dapat sama-sama bersikap matang dalam menyelesaikan apa jua isu menerusi perbincangan.

Anju turut memberitahu, Khazrul boleh sahaja menghubunginya bila-bila masa jika terdapat perkara yang perlu mereka jelaskan.

Sumber: mStar, Kosmo

Harap kisah dorang ni cepat-cepat la selesai dengan cara baik…

Baca : “Kau memang ungrateful!” – Zarina Anjoulie ‘Sound’ Ammar Alfian Gara-gara Kutuk Peguam Siti Bainun

Ammar X Zarina 561X295 1

Sumber: Harian Metro
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.