in

“Kenapa ia masih memeritkan?” – Ucapan ‘Birthday’ Hannah Yeoh Untuk Arwah Salahuddin Ayub Buat Netizen Sebak

Hannah Yeoh Salahuddin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada bulan Julai lalu, negara kita dikejutkan dengan pemergian seorang sosok yang hebat iaitu Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran Allahyarham dan ucapan daripada rakan Menteri, Hannah Yeoh iaitu Menteri Belia dan Sukan membuat ramai netizen tersentuh.


Artikel berkaitan: “Macam baru semalam berkempen untuk ayah” –  Anak Sebak Cabut Plat Nama Arwah Salahuddin Ayub Di Parlimen

Artikel berkaitan: Anak Allahyarham Salahuddin Dedah Pernah Hidup Susah, Dorong Bapa Kerja Keras Bantu Rakyat

Ahli Parlimen Segambut itu dalam mengenang Allahyarham Salahuddin berkata, sekiranya sahabatnya itu masih hidup, usianya kini 62 tahun.

“Sahabat, hari ini ulang tahun kelahiran kamu. Kamu sepatutnya berusia 62 tahun hari ini. Mengapa kehilangan ini masih memeritkan? Mengapa kami masih sukar untuk melupakan?

Kerana Salahuddin, kamu adalah insan luar biasa dan istimewa kepada ramai orang. Sudah tentu saya sedang membuat kek untuk kamu hari ini,” katanya.

Dalam nukilan pendek itu, Hannah berkata Salahuddin merupakan sahabatnya yang dirindui dan tidak akan dilupakan.

Lebih meruntun hati, di akhir posting Facebook itu, Hannah menyifatkan ianya bukan ‘happy’ atau gembira kerana beliau tiada di sisi.

“Kehilangan yang amat besar” 

Posting berkenaan membuatkan ramai netizen sebak serta meninggalkan doa serta ucapan yang menyedihkan di ruangan komen.

Cats 1

Satu kehilangan besar buat Malaysia, Al-Fatihah…

Sumber: Facebook 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.