in

Kenali Nasida Ria, Kumpulan Qasidah ‘Mak-mak’ Dari Indonesia Yang Berjaya Buat Persembahan di Jerman

Kumpulan Qasidah Buat Konsert Di Jerman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau bercakap tentang kumpulan qasidah, korang pasti teringat dengan geng emak-emak yang dijemput ke majlis cukur jambul untuk berqasidah ramai-ramai tu kan?


Tapi korang pernah dengar tak pasal kumpulan qasidah bernama Nasida Ria yang agak terkenal di Indonesia dan dorang ni bukanlah level-level berqasidah di rumah orang tapi sampai ke tahap buat persembahan di Jerman tau!

“Hitler pun menangis melihat ini” 

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan kumpulan qasidah, Nasida Ria ini membuat persembahan di sebuah acara festival muzik kontemporari di Jerman.

Kalau dilihat daripada video tersebut, mereka ini jelas menyanyikan lagu alunan qasidah dan penyanyinya pula terdiri daripada golongan emak-emak yang lengkap bertudung dan berjubah. Wah! 

Para penonton di konsert tersebut pula dilihat seperti sedang menghayati lagu yang dibawa Nasida Ria dan rata-rata sangat terhibur melihatnya. Siap ada yang menari tu… 

Berasal dari Semarang, Nasida Ria ditubuhkan sejak tahun 1975?

Bagi kita yang tidak mengenali kumpulan qasidah ini, menurut Liputan6, kumpulan ini sebenarnya telah ditubuhkan sejak tahun 1975 lagi dan memang menjadi kegemaran penggemar muzik.

Grup Kasidah Nasrida Ria Semarang 14 43

Malah ini bukan kali pertama mereka terlibat dalam acara muzik seperti ini kerana sebelum ini juga mereka pernah hadir ke festival muzik anak muda seperti Synchronize Festival.

Sering dijemput ke acara di luar negara, ‘ibu-ibu’ di dalam kumpulan ini mengucapkan rasa syukur mereka kerana dapat membuat persembahan.

014314800 1655712512 288670748 402451005267677 1675779106699862441 N

Lagu-lagu daripada kumpulan ini juga katanya telah mendapat pelbagai penghargaan dan sering dimainkan di radio pada bulan Ramadan. Selain itu, band terkenal Indonesia seperti Gigi pernah ‘cover’ lagu mereka dan lagu ‘Kota Santri’ pula pernah dinyanyikan semula oleh Krisdayanti dan bekas suaminya, Anang.

Sehingga Julai 2011 lepas, Nasida Ria telah menghasilkan 35 buah album termasuk dua darinya yang berbahasa Arab.

Jangan buat main dengan geng mak-mak ye. Tak sangka berqasidah pun boleh ‘mendonia’ hingga ke Jerman. 

Baca: [VIDEO] Confident Betul! Adik Ini Salah ‘Masuk’ Masa Bernasyid, Tapi Masih Boleh Perform

Perfect

Sumber: Wolipop
Sumber: Liputan6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.