in

“Kena marah pun comel” – [VIDEO] Ramai Cair Tengok Keletah Anak Ini Mengaji

Ft Ngaji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap pasangan pasti nak keluarga mereka bahagia dan mempunyai anak yang soleh. Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.



Jadi bagi mereka yang menginginkan anak yang baik mereka perlu mendidiknya dari kecil lagi. Kalau nak anak pandai matematik, ajar mereka sifir dari kecil, kalau nak anak yang pandai baca Al-Quran kena ajar anak mengaji. Mana ada parents yang nak anak yang nakal,betul tak.

Dalam perkongsian @elliza.razak, dia telah memuat naik video suaminya sedang mengajar anak-anaknya mengaji di akaun Tiktoknya. Untungnya dapat suami yang mithali…

@elliza.razak

Alahai anak.. Ngaji sungguh-sungguh tauu.. 😍 Janji kena SABAR… @khairuladzwannasir #fyp #Family #ellizarazakcoway #parenting

♬ original sound – 🇲🇾 ELLIZA RAZAK 🇲🇾 – 🇲🇾 ELLIZA RAZAK 🇲🇾

“Kemain ye kau dik”

Tapi apa yang menarik tentang video ini adalah keletah anaknya yang pelbagai ragam semasa mengaji. Dalam video tersebut, Anak lelaki Elliza, Emmir sedang belajar mengaji dengan ayahnya sambil diperhatikan kakaknya.

Dalam video yang berdurasi hampir tiga minit itu, Emmir menunjukkan perangai sebenarnya semasa belajar mengaji dengan ayahnya. Walaupun dia nampak tenang pada awalnya, kecomelannya dapat dilihat semasa dia tidak tahu menyebut beberapa perkataan. Siap cakap dalam BI pula tu.

“Degil-degil pun comel”

Kecomelan Emmir telah ditonton hampir 300 ribu orang di Tiktok. Video itu telah pun viral di beberapa media sosial yang lain seperti Instagram dan Twitter. Rata-rata netizen menyifatkan perangai Emmir sangatlah comel walaupun dia dilihat degil semasa mengaji.

Beberapa netizen yang menonton video tersebut telah memberikan komen tentang perangai Emmir.

Komen Ngaji

Ada juga netizen mendoakan supaya anak-anak Elliza akan menjadi anak yang soleh dan solehah bila dah besar.

Min harap supaya min akan mempunyai keluarga yang happy dan anak-anak yang comel juga.

Baca: “Macam mana ko masuk dalam tu dik”- Gara-gara  Nak  Ambil  Mainan  Budak 3  Tahun Tersangkut Dalam Mesin Basuh

Mesin Basuh E1629183513606

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.