in

“Macam mana ko masuk dalam tu dik” – Gara-gara Nak Ambil Mainan, Budak 3 Tahun Tersangkut Dalam Mesin Basuh

Budak Tersangkut Dalam Mesin Basuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kata orang, kalau anak-anak yang selalunya aktif tu tiba-tiba senyap dan korang tak tahu dia buat apa, haa baik korang cari dorang cepat. Sebab mesti ada ‘projek’ tersembunyi yang mereka tengah buat.


Menerusi perkongsian seorang ahli bomba bernama Waly Hashim di TikTok, baru-baru ini seorang kanak-kanak berusia tiga tahun telah melalui satu detik cemas apabila dia tersangkut di dalam mesin basuh manual.

Berdasarkan video yang dikongsikan, sekumpulan ahli bomba dilihat bergegas ke rumah mangsa untuk membantu mengeluarkan budak tersebut yang berada di bahagian pengering mesin basuh itu.

Sangkut 1

Dengan menggunakan gergaji, bahagian pengering dipotong dan wajah kanak-kanak itu juga terpaksa ditutup dengan tuala sebab bimbang dia akan bertambah trauma kalau melihatnya.

Nah korang tengoklah sendiri keadaan yang berlaku. 

@walyhashim

Tag kawan2 yang ada anak kecil #fypシ #fypage

♬ Fade灵魂电音绝美吟唱 (69 Remix) – Alan Walker

Menurut pemilik video ini, punca kanak-kanak bernama Aiman ini tersangkut di dalam mesin basuh kerana nak ambil mainan yang jatuh. Tapi semasa proses nak ambil mainan tu, badan dia pulak tersangkut dan tak boleh keluar. Adoi… 

Tersangkut Dalam Mesin

 

“Nangis mak hang dik nak beli mesin baru” 

Meskipun cemas dengan situasi yang berlaku ke atas budak tersebut, ramai juga yang berasa geli hati dengan kerenah kanak-kanak zaman sekarang yang bermacam-macam idea.

Ramai pada masa yang sama bersimpati dengan nasib ibu bapa kanak-kanak ini kerana terpaksa membeli mesin basuh baru gara-gara yang lama sudah rosak dipotong oleh bomba.

Komen Tersangkut Dalam Mesin

Apa-apapun harap ibu bapa di luar sana ambil video ini sebagai pengajaran untuk alert dengan aktiviti anak-anak. Malang tak berbau macam-macam boleh jadi. 

Baca: “Mana Upin Ipin??” – Jalan Kaki 2 Minit Masuk Malaysia, TikTok Lelaki Indonesia Buat Netizen Geli Hati

Upin Ipin

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.