in

“Kena kerap basuh tangan” – [VIDEO] Pekerja Kedai Makan Ditegur Gara-gara Pakai Glove?

Collage 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau tengok trend sekarang ni, ramai betul yang pakai sarung tangan bila memasak kan? Bukan je dekat video-video resipi di media sosial, dekat kedai makan pun sama!

Seorang influencer yang memanggil dirinya sebagai Abang Ik baru-baru ini ada bercakap mengenai isu ini.


Untuk korang yang tak tahu, Abang Ik yang bekerja dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bahagian pengendalian makanan sering memberikan teguran tentang kebersihan ketika mengendali makanan.

Baru-baru ini menerusi TikTok, Abang Ik ada menegur dua pekerja kedai makan yang memakai sarung tangan.

Dalam video tersebut, Abang Ik pada awalnya telah bertanya berapa lama dorang pakai sarung tangan tersebut dan apa sebabnya.

Mereka menjawab, tujuan memakai sarung tangan adalah untuk kebersihan dan sarung tangan tersebut akan ditukar sekiranya koyak.

https://www.tiktok.com/@abgiknaktegur/video/7204876793927716123?q=abgiknaktegur&t=1677565643731

Ekoran ini, Abang Ik menjelaskan bahawa cara mereka salah. Ini kerana, mereka memakai sarung tangan tersebut bila memasak, membungkus makanan, menghantar makanan dan macam-macam lagi. Ini boleh menyebabkan cross contamination.

Sepanjang saya datang ni awak dah tukar ke belum? Awak ambil barang kat bawah, awak hantar makanan, awak basuh pinggan, awak packing makanan, gaul kunyit dengan glove yang sama. Awak tak basuh tangan, jadi function tak glove tu?”

Seterusnya, Abang Ik menjelaskan, di dalam kelas pengendalian makanan, mereka akan diajar untuk kerap mencuci tangan.

Glove ni alternatif. Bukan dengan pakai glove, lesen untuk awak buat semua benda.”

Menerusi ruangan komen, Abang Ik berkata tujuan dia membuat video ini adalah untuk betulkan perkara yang salah supaya semua orang boleh mendapat kebaikan.

So lepas ni, siapa peniaga tu kena alert okay? Make sure tangan bersih basuh selalu, tak pakai glove pun takpe. 

 

Baca: Pengusaha Kantin Serang Peniaga Nasi Lemak RM1, Berang Makanan Tak Laku

Serang Nasi Lemak Rm1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.