in

Pengusaha Kantin Serang Peniaga Nasi Lemak RM1, Berang Makanan Tak Laku

Serang Nasi Lemak Rm1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang yang berniaga pasti sedar akan risiko persaingan lebih-lebih lagi jika menjual makanan.


Pun begitu, ada juga yang merasakan perkara tersebut sebagai satu ancaman sehingga telah mencetuskan pergaduhan.

Baru-baru ini, seorang pengusaha kantin berdekatan Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam meluahkan rasa tidak puas hati dan menyerang seorang peniaga di situ hanya disebabkan menjual nasi lemak RM1.

@teacher_aina

Benda nak jadi.. Tak pelah.. Mana2 customer yang selalu beli dengan saya di Klinik Kesihatan seksyen 7 Shah Alam, sebelah jalan besar. In shaa Allah.. Esok saya cari port baru. Rezeki Allah ada di mana2.. Mungkin bukan rezeki saya berniaga kat tempat tu. Semoga murah rezeki abg yang jual nasi lemak tender.. Dan abg yang jual roti juga.. Semoga dipermudahkan semua urusan dan dimurahkan rezeki. Esok in shaa Allah saya update tempat baru. Are seksyen 7 juga, shah alam ya. #nasilemakrm1 #viral #shahalam

♬ original sound – Teacher Aina Home Tuition – Teacher Aina Home Tuition

Menerusi video TikTok @teacher_aina yang juga peniaga nasi lemak terbabit, dapat dilihat pengusaha kantin memarahinya dengan mendakwa dia menutup jalan utama sehingga menyebabkan perniagaan lelaki itu terjejas.

“Akak tutup jalan kami. Kalau nasi lemak akak RM1, matilah kami dekat dalam,” kata pengusaha kantin berkenaan.

Jelas Aina, dia sudah bertanya kepada beberapa orang di kawasan itu dan dimaklumkan tiada masalah untuk berniaga di situ. Tambahnya, tindakan lelaki yang menyerangnya tidak memahami konsep rezeki yang diberi pada setiap orang.

Namun, lelaki tersebut membidas dengan merasakan tindakan Aina salah kerana telah menyebabkan jualan nasi lemak berlauknya tidak laku.

“Saya boleh buat report, tapi saya tak nak buat. Tak apa kak, esok akak jangan berniaga di sini. Saya berniaga di kantin tu dengan sewa RM900 sebulan. Empat tahun saya dah berniaga di sini. Disebabkan orang beli nasi lemak akak RM1, tak ada orang nak beli nasi lemak saya,” katanya.

Menerusi video berdurasi hampir tujuh minit itu, datang seorang pengawal keselamatan yang cuba menenangkan keadaan.

Menjengah di ruangan komen, kejadian itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang menyokong pengusaha kantin itu yang berniaga mengikut cara yang betul dan ada yang menyebelahi peniaga nasi lemak RM1 dengan mengaitkan konsep rezeki.

Screenshot 20230217 032618

Apa pendapat korang?

Baca: “Murah ke mahal?” – Harga 2 Bungkus Nasi Lemak Tepi Jalan RM40 Raih Perhatian Netizen

Nasi Lemak Rm40

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.