Sebagai ibu, tengok anak demam sikit sahaja pun dah bimbang apatah lagi kalau kena sakit teruk macam ni.
Seorang ibu di Wuhan, China tak dapat tahan sebak bila tengok anaknya kena kuarantin dan tak dapat nak bersemuka dengan jarak dekat, hanya ke berdiri depan pintu rumah anak dia kerana disyaki terkena wabak coronavirus.
“Jaga diri elok-elok”
VIdeo dari South China Morning Post ini menunjukkan doktok ‘mengkuarantinkan’ dirinya selepas dia dan adik perempuannya disyaki terkena wabak tersebut.
Ibunya kemudian meninggalkan satu beg yang penuh dengan makanan kat depan rumahnya sebab dia kena jaga jarak sekurang-kurangnya 2 meter.
Dalam video itu dapat di lihat si ibu menangis sambil berpesan kepada anaknya untuk jaga diri elok-elok.
Bagaimanapun, mujurlah keputusan yang doktor itu terima negatif, bebas daripada virus tersebut. Ramai netizen di sana tak dapat tahan sebak dan puji dengan tindakan doktor itu kuarantin kan dirinya supaya tidak menyebarkan virus itu kepada orang lain.
Mereka sekarang pun dah boleh bersua kembali seperti biasa.
Baca : [TERKINI] Foto Viral Individu Rebah Di KLCC Disyaki Coronavirus