Semalam, Projek Bangsa Malaysia telah memuat naik satu video di YouTube bertajuk ‘Frontliners dedah keadaan sebenar krisis Covid-19 di Hospital di Lembah Klang’.
Video berdurasi 15 minit ini telah menampilkan suara-suara frontliners menceritakan keadaan sebenar yang mereka hadapi sekarang serta turut mengatakan keadaan di hospital kini seperti sedang menyelamatkan kapal yang sedang karam.
Kesemua suara dalam video ini telah ditukar nada bagi mengelakkan identiti frontliners ini diketahui dan dekat bawah ni adalah antara perkara yang disebutkan dalam video yang kini meraih tontonan sebanyak 353,000.
Angka Covid-19 bukan palsu tapi sebenarnya lebih tinggi
“Saya dah menjadi petugas barisan hadapan sejak tahun lepas. Angka yang dikeluarkan bukan palsu tapi angka yang dikeluarkan adalah lebih rendah dari yang sebenarnya.”
“Sebenarnya, angka kematian Covid yang kita umumkan di media massa tak melambangkan kadar kematian yang kami lihat. Kematian sebenarnya lebih tinggi!”
“KKM tak laporkan jika pesakit mati sebab perkara lain dengan Covid atau pesakit yang dah melebihi 14 hari tapi mengalami darah tersumbat di paru-paru atau di kaki atau serangan jantung atau strok.”
“Angka kematian sekarang tinggi sebab kami tak ada sumber yang cukup untuk tampung semua pesakit.”
“Kami tak terima bantuan dari HQ”
Kami perlukan peralatan yang lebih banyak, kami perlukan tank oksigen.
“Kami tak dapat bantuan dari HQ and kami sekarang sedang tenat dalam pertarungan ni.”
“Ia macam kapal yang sedang karam dan kami cuba tutup lubang-lubang pada kapal ini.”
“Kalau nak bayangan apa sebenarnya yang berlaku di Malaysia, kita kini seperti Itali pada tahun 2020 dan India pada tahun 2021.”
Doktor dipaksa untuk memilih
“Sejak 3-4 bulan lalu, doktor telah dipaksa untuk memilih!”
Kami perlu pilih orang yang lebih berusia kerana mereka lebih berisiko untuk merosot lebih jauh.”
“Kami lebihkan mereka untuk dapat katil dan yang lain perlu duduk di kerusi plastik.”
Korang boleh tengok video penuh dekat bawah ni, frontliners juga ada ceritakan yang dorang semua dah terlalu penat untuk terus bekerja dan cuba pelbagai cara untuk dapatkan bekalan oksigen untuk selamatkan lebih ramai pesakit.
Allahu, memang luluh hati dengar suara-suara frontliners yang kepenatan ni. Tak sanggup…
Baca: “Salah sikit kena marah” – Frontliners Luah Rasa Penat Layan Pesakit COVID 19 Banyak Kerenah