in

“Salah sikit kena marah” – Frontliners Luah Rasa Penat Layan Pesakit COVID 19 Banyak Kerenah

Frontliners Penat Hadap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berdepan dengan ‘perang’ melawan wabak COVID 19 ini bukanlah sesuatu yang mudah. Antara yang paling terkesan dalam perjuangan ini pastinya frontliners yang telah banyak berkorban demi menjaga pesakit di hospital.



Menerusi posting dari Twitter personaliti TV3 Fedtri Yahya, beliau telah berkongsi satu mesej dari frontliners yang dilihat meluahkan perasaan mereka kerana terlalu penat melayan pelbagai kerenah pesakit COVID 19.

 

“Kena marah dengan patient sebab dorang panggil tp lambat” 

Menurut mesej itu, frontliners yang tidak dikenali ini meluahkan rasa penat yang dialaminya kerana tidak cukup tidur serta kerap dimarahi pesakit kerana mereka lewat datang ketika dipanggil.

Katanya lagi, frontliners mengambil masa yang lama untuk melihat para pesakit kerana mereka harus memakai PPE terlebih dahulu. Namun pesakit tidak memahami dan kerap memarahi mereka seperti mereka ini seorang ‘hamba abdi’.

Kerja penat, tak cukup tidur, kena marah dengan patient sebab dorang panggil tapi lambat attend. Doktor naik air panas, doktor naik air sejuk. Misi nak berak. 

“Bukan saja lambat-lambat datang. Nak jumpa dorang kean pakai PPE. Nak pakai PPE tu ambik masa. Bila dah jumpa patient, kena marah macam kita hamba abdi. Tau tengah sakit, tapi bila kena maki-maki sedih jugak la kan,” katanya.

655815

 

“Sebab doktor la ayah saya dapat covid” 

Lebih menyedihkan ada doktor pula dipersalahkan jika ada patient dijangkiti COVID 19 di hospital. Perkara ini menyebabkan frontliners kadang-kadang dihamun oleh ahli keluarga mangsa tanpa mengira pengorbanan yang telah dilakukan mereka.

“Then nak hadap family member yang call marah-marah. Salahkan hospital, cakap sebab doktor la ayah saya dapat covid. Tengking-tengking. Dia tak tau apa rasa macam badan nak terbelah dua kerja. 

“Kita jugak yang tolong patient kalau nak apa-apa, tapi sudahnya kena maki dengan family member yang tak nampak pun apa kita dah buat. Salah sikit kena marah. Selama ni usaha kita orang kerja nak tolong dan selamatkan ayah/mak/family dorang. Tak nampak pulak. 

“Badan penat, otak penat, emosi penat. Kes tak turun. Kerajaan macam ni. Entah laa,” tulisnya lagi.

Virus Outbreak Mideast Iran Ap 150320 1

 

“Satu masa mereka akan hilang motivasi… tolong hargai mereka sebelum terlambat” 

Netizen yang membaca luahan tersebut berasa simpati dengan nasib yang terpaksa dilalui para frontliners kita. Ramai yang meminta mereka di luar sana untuk terus bersabar dan menghargai segala usaha yang dilakukan petugas kesihatan ini.

Hargai Frontliners

Kalau boleh, mudahkanlah tugas mereka. Mereka di hospital pun nak bantu kita. Tak baik marah-marah frontliners macam tu. 

Baca: “Semoga kuat dik” – Ramai Sebak Lihat Frontliners Cuba Tenangkan Adik Ni Sedih Ibu Meninggal Akibat COVID 19

Adik Sedih Mak Meninggal

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.