Bukan senang nak jumpa orang yang tulisannya kemas dan rapi macam dicetak komputer. Tulisan cantik tu ramai yang ada, tapi yang macam komputer tu memang rare.
Pemuda dari Indonesia ini viral di media sosial sebab tulisannya yang kemas dan rapi dan dia telah menulis sendiri Al-Quran untuk hadiahkannya kepada bakal isteri suatu hari nanti, lapor Suara Batam.
Pada mulanya, lelaki yang dikenali sebagai Awwaludin Fajri ini telah memuat naik videonya sedang menulis Al-Quran itu di TikTok dan dia mengatakan ianya bakal dihadiahkan buat calon isterinya.
Akan ku berikan Quran Tulisanku untuk siapapun jodohku kelak,” katanya.
Difahamkan, buat masa ini, lelaki ini masih lagi single namun dia bercita-cita mahu memberi hadiah sentimental itu buat soulmatenya nanti. Bertuah la kan siapa yang jadi jodoh dia nanti, baru lah #tilljannah.
Dalam video tersebut, pemuda ini dilihat menulis satu-persatu huruf Al-Quran dan memang nampak kemas macam Al-Quran cetakan komputer.
Rata-rata netizen memuji tulisan lelaki ini dan setakat ini (ketika artikel ini ditulis), video itu telah ditonton sebanyak 15.6 juta kali dan telah mendapat lebih 37 ribu komen daripada netizen di platform itu.
Ada juga antara netizen yang mendoakan pemuda ini agar mendapat jodoh yang baik-baik. Ada juga wanita yang berpendapat Al-Quran tulisan sendiri sebagai mas kahwin adalah lebih mahal daripada sebarang hadiah lain. Mana taknya, menulis ni perlukan seni dan bukan senang kita nak luangkan masa buat benda berseni kalau bukan untuk orang yang kita sayang.
Korang yang masih single tu jangan sedih-sedih, admin doakan korang pun akan dapat suami atau isteri yang baik dan sweet jugak.
Sumber: TikTok Awwaludin Fajri, Suara Batam.id
Baca: Sweetnya! Lelaki Ini Beri Hantaran Naskhah Al-Quran Ditulis Sendiri Untuk Isteri