in

“Kemain ye dik” – [VIDEO] Dua Budak Lelaki Ajuk Pasangan TikTok Femes Menari Tepi Pantai, Ramai Terhibur

Ft Pantai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita perhatikan, pasti ada sahaja video keletah budak-budak di Tiktok yang buat ramai netizen terhibur sama ada luar atau dalam negara.


Begitu juga dengan kisah kalini, dalam perkongsian @tuansaysue, dia telah memuat naik video di akaun Tiktok miliknya mana dua orang budak sedang mengajuk pasangan kekasih yang sedang menari di tepi pantai.

@tuansaysue

Dia punya ejek?? adoi lahhh budak budak ni #fypシ #tiktok

♬ Milionário – Juliano Trindade

“Ala-ala filem hindustan”

Pasangan yang merupakan ‘Tiktok femes’ tersebut sedang menari ala-ala hindustan di atas batu besar yang ada di sebuah pantai. Tapi korang perhatikan dekat hujung tu, ada dua orang budak lelaki sedang meniru pasangan itu menari.

Aksi dua orang budak itu sempat dirakam oleh Sue sendiri. Namun apa yang menarik, budak lelaki tersebut mengajuk perbuatan pasangan terbabit di atas batu juga tapi dari jauh. Kalau tak zoom min tak nampak.

“Lawak la budak tu”

Video ini telah mendapat lebih kurang 250 ribu tontonan di Tiktok sehingga kini walaupun baru dimuat naik semalam. Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan aksi dua budak itu.

Antara komen yang min tertarik untuk berkongsi:

Komen Budak 1

Beberapa netizen juga siap suruh ajak budak-budak tu join menari sekali alang-alang video ni dah viral. setuju!

Zaman kanak-kanak ni best sebab tak payah fikir pasal kerja cari duit. Bestnya tak stres.

Baca: Menari Di Tengah Jalan Sebab Sahut Cabaran Pengikut Instafamous Disaman Polis

Menari E1632112109570

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.