in

Keluarga Pelajar Dit*kam Tiba Di Jabatan Forensik PPUM

ft PPUM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa individu yang dipercayai ahli keluarga kepada pelajar perempuan yang meninggal dunia akibat ditikam junior sekolah dilihat hadir Jabatan Patologi Forensik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) petang ini.

Menurut sumber, mereka hadir sejak jam 2 petang untuk menunggu proses bedah siasat. Malah, media mengatakan bahawa mereka tidak dibenarkan untuk menghampiri kawasan forensik dengan kawalan anggota polis di laluan keluar masuk.


Artikel berkaitan : “Kami panik bila tengok mesej itu” – Ibu Bapa Cemas, Segera Ke Sekolah Selepas Tular Kes Pelajar Dit*kam

Artikel berkaitan : KPM Tubuhkan Jawatankuasa Khas Untuk Siasatan Kes Pelajar Dit*kam

Mayat mangsa telah dibawa ke PPUM bagi tujuan bedah siasat, bagaimanapun masih belum diketahui mengenai proses perkembangan tersebut.

Bagaimanapun, keluarga mangsa dilihat meninggalkan jabatan forensik sekitar jam 4.15 petang tadi.

Screenshot 2025 10 14 164755

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat mengesahkan bahawa polis telah merampas dua bilah senjata tajam yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian yang berlaku di sekitar jam 9.10 pagi di sebuah sekolah menengah di kawasan Petaling Jaya.

Sumber : Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.